Kata orang dalam mencari kebenaran, ia memerlukan satu keberanian...
Bagi mencari kebenaran di sebalik dakwaan yang mengaitkan PPIM, bermula dengan meminta sogokan dari Cadbury, akhirnya PPIM dikaitkan dengan unsur gangsterism.
Saya menerima undangan PPIM untuk tampil sebagai panel khas berdiskusi secara langsung bersama Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan melalui Bernama Radio24 semalam.
Bukan mudah untuk berdiskusi dalam slot harian PPIM yang diikuti lebih 500 ribu pendengar dari seluruh Malaysia, kerana wujud tiga halangan yang perlu dilepasi iaitu Deejay, Pemanggil dan Pendengar.
![]() |
To'ki menerima pemanggil |
Menjadi kebiasaan dalam mana-mana program harian jika tiga kelompok ini tidak berpihak kepada panel jemputan, kerana saya dilihat sebagai orang luar yang baru menyertai keluarga mereka.
Perkara sama juga berlaku bila wakil PPIM bersama saya di media sosial yang dikelilingi oleh kelompok serta sahabat yang pastinya berpihak saya.
Perkara ini dari awal sudah saya jangkakan, justeru matlamat saya cukup membuatkan panel serta deejay mengakui dan bersetuju dengan apa yang saya sampaikan.
Hasil diskusi selama satu jam dalam suasana yang harmoni, masing-masing bertegas tapi bersopan, tujuh konklusi dapat dibuat :
1. To'ki akui ada pihak yang menggunakan nama PPIM untuk memeras pihak-pihak tertentu, dan PPIM sendiri menerima aduan berkaitan kes ini.
2. To'ki bersetuju ada kemungkinan Cadbury disebotaj dan kita umat Islam terpedaya dan terperangkap dalam permainan dan persaingan antara syarikat Coklat.
3. PPIM bukan berniat mendahului JAKIM, tetapi bertindak sebagai 'check & balance' untuk pihak JAKIM demi kepentingan pengguna Islam. Contoh terbaru, PPIM menyeru agar semua pihak menunggu siasatan JAKIM.
4. Tiada unsur gangsterism dalam PPIM, cuma mereka bertegas bila berhadapan dengan ah long yang menganiayai pemimjan terdiri dari orang Melayu.
5. Dalam isu Cadbury, hanya satu keuntungan diperolehi umat Islam, ia menyedarkan kita sebagai pengguna kita perlu bertindak lebih rasional sebelum menyalahkan mana-mana pihak.
6. Pihak bukan Islam dan pengeluar produk atau makanan perlu hormat Melayu Islam dan tidak memandang ringan atau memperlekehkan soal halal haram sesuatu makanan.
7. Penggiat media sosial perlu lebih bertanggungjawab dalam mendidik pengguna media sosial kerana unsur-unsur perkauman, penghinaan kepada agama Islam dilihat semakin membimbangkan.
Terima kasih kepada Dato Nadzim Johan di atas keterbukaan menjawab setiap persoalan yang diajukan.
"Sebab kamu berani dan bertanggungjawab. To'ki hadiahkan coklat berwarna merah (Kit Kat)" kata To'ki.
Yang tua dihormati, yang muda dikasihi - terima kasih To'ki...
Arios...!
"Sebab kamu berani dan bertanggungjawab. To'ki hadiahkan coklat berwarna merah (Kit Kat)" kata To'ki.
Yang tua dihormati, yang muda dikasihi - terima kasih To'ki...
Arios...!
Foto by : Amrayy
Tips - jika deejay potong cakap, jangan segan untuk anda potong cakap pemanggil. jangan bagi ruang mereka persoal dan pertikaikan tindakan kita...!