Quantcast
Channel: Double - Y
Viewing all 72 articles
Browse latest View live

Better Beer Festival : Lebih 48 Jam, Azmin Ali Masih Belum Saman Utusan?

$
0
0

Sebelum ini di muka hadapan Utusan Malaysia melaporkan bahawa Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor membenarkan Better Beer Festival 2017 diadakan di Selangor atas prinsip menghormati hak kaum dan agama lain.

Namun laporan tersebut mendapat bantahan pelbagai pihak malah Ketua Polis Negara turut mengingatkan Azmin Ali dan kerajaan negeri Selangor tidak memandang ringan aspek keselamatan negara.


Selepas mendapat bantahan pelbagai pihak, Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan dan mencabar Utusan Malaysia untuk mengeluarkan bukti bahawa Azmin Ali membenarkan Better Beer Festival 2017 diadakan di Selangor.

Malah Pejabat Menteri Besar Selangor turut menuntut Utusan Malaysia memohon maaf tanpa syarat atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Persoalannya, sehingga ke hari ini, setahu saya Utusan Malaysia tidak membuat sebarang permohonan maaf kepada Azmin Ali di atas laporan yang dikeluarkan pada 25 September 2017 tempoh hari.

Jadi, kenapa Pejabat Menteri Besar Selangor dan masih tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia?

Adakah Azmin Ali tidak berani mengambil tindakan kerana beliau sedar bahawa Utusan Malaysia tidak akan melaporkan berita tersebut tanpa bukti sahih?

Selain tiada tindakan daripada Azmin Ali terhadap Utusan Malaysia, sehingga ke hari ini juga kita masih belum melihat sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pemimpin PPBM berhubung isu tersebut.

Adakah pemimpin PPBM bersetuju dengan penganjuran Better Beer Festival 2017 yang bakal diadakan di Selangor?

Jika tiada tindakan diambil oleh Pejabat Menteri Besar Selangor terhadap Utusan Malaysia, ia membuktikan bahawa tindakan Azmin Ali dan Pejabat Menteri Besar yang mengeluarkan kenyataan sebelum ini kononnya akan mengambil tindakan undang-undang hanyalah omong kosong dan satu kenyataan populis untuk meredakan kemarahan umat Islam di Selangor.

Adios..!

Pengasas PPBM Parit & Kuala Kangsar Pula Keluar Parti, PPBM Kini Menuju Kehancuran.

$
0
0

PPBM menuju kehancuran!

Itulah gambaran yang berlaku terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh Mahathir Mohammad apabila makin ramai di kalangan pengasas parti berkenaan bertindak keluar parti. 

Nampaknya, selepas lebih 1,000 orang ahli PPBM Perak yang diketuai Ketua Penaja PPBM Ipoh Timor dan Teluk Intan bertindak keluar parti pada Mei 2017 yang lalu.




Ketua Penaja PPBM Bahagian Parit dan Kuala Kangsar turut mengambil langkah serupa ekoran hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti. 

Menurut pengasas PPBM Bahagian Parit, tindakan mereka keluar parti kerana PPBM dilihat lari daripada objektif penubuhan parti tersebut.

Untuk rekod, sebelum ini dilaporkan seramai 500 orang ahli PPBM Rembau juga bertindak keluar parti yang menyebabkan PPBM Bahagian Rembau lumpuh.


Selain di Perak dan Negeri Sembilan, PPBM di Johor juga dilaporkan menuju kehancuran ekoran tindakan ahli PPBM di Gelang Patah yang bertindak keluar parti pada April lalu.

Bukan setakat ahli biasa, nama-nama besar yang mengasaskan PPBM bersama Mahathir seperti Hamidah Osman dan Anina Saadudin turut bertindak keluar parti sebelum ini.



Melihat tindakan dan keputusan yang diambil oleh kebanyakkan ahli PPBM ini, tidak hairanlah jika kita katakan bahawa parti PPBM kini sedang menuju kehancuran kerana parti itu tiada matlamat memperjuangkan nasib rakyat.

PPBM yang ditubuhkan oleh Mahathir Mohammad untuk menjayakan cita-cita dan melunaskan dendamnya kepada Najib Razak dilihat tidak akan bertahan lama. Malah tidak keterlaluan juga jika saya katakan, PPBM akan hancur sebaik sahaja Mahathir Mohammad meninggal dunia.

Adios..!



KERAJAAN NEGERI SELANGOR KENA AKUI KESILAPAN DAN KELEMAHAN URUS BEKALAN AIR

$
0
0

Krisis air boleh meninggalkan kesan mendalam kepada pembangunan sesebuah negeri dan negara. 

Justeru itu, Kerajaan Pusat pantas bertindak dengan melaksanakan beberapa langkah. Langkah itu termasuklah menyusun semula industri perkhidmatan air dan mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Sumber Air di Semenanjung Malaysia 2000-2050.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), sejumlah RM16.54 bilion diperuntukkan bagi pembangunan bekalan air, sistem pembetungan, bekalan air untuk kawasan desa serta projek tebatan banjir.

Sektor bekalan air memperoleh peruntukan besar daripada keseluruhan peruntukan berkenaan iaitu RM8.20 bilion berbanding RM3.88 bilion yang diperuntuk bagi Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005).

Namun, kegagalan dan kedegilan kerajaan negeri Selangor melengkapkan baki perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat, malah turut menjejaskan pembangunan baharu serta kemampanan bekalan air di negeri itu dalam jangka masa panjang.


Ketika ini, margin simpanan bekalan air terawat di Selangor begitu rendah iaitu sekitar empat peratus berbanding margin simpanan yang baik antara 15 hingga 20 peratus.

Sumber berkata, risiko margin simpanan bekalan air yang rendah menyebabkan lebih luas kawasan akan terjejas jika bekalan terputus berbanding dengan margin simpanan yang besar iaitu sekurang-kurangnya 15 peratus, ia tidak memberi kesan kepada penduduk.

Berdasarkan laporan Panduan Industri Air Malaysia (MWIG) 2017, kapasiti pengeluaran di Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh negara pada 2016 menunjukkan Pulau Pinang mempunyai kadar margin simpanan bekalan air terawat paling besar iaitu 34.1 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan Labuan (29.2 peratus), Perak (28.7), Terengganu (27.2), Negeri Sembilan (22.1), Pahang (21.4), Sarawak (20.7), Melaka (20.1) dan Johor (16.4) manakala purata margin simpanan bekalan air negara pula 13.2 peratus.

Namun kerajaan Selangor tidak pernah melihat tabungan air sebagai sesuatu yang penting dan perlu disegerakan tindakannya. Krisis air yang berlaku di Selangor pada tahun 2014 tidak pernah diambil iktibar. Kesan kepada rakyat yang paling ketara. Jika gangguan bekalan air terus berlaku kesan pembangunan negeri pastinya akan terjejas.

Sepanjang 2016 hingga Januari 2018, sebanyak 761 permohonan pembangunan hartanah baharu di Selangor terpaksa ditangguhkan apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak dapat memberikan jaminan bekalan air yang mencukupi.

Walaupun Kerajaan Persekutuan menyalurkan pelaburan begitu besar untuk proses penstrukturan industri air di Selangor, tindakan kerajaan negeri melewat-lewatkan untuk melengkapkan perjanjian, pelbagai inisiatif menaik taraf infrastruktur secara berterusan seperti penukaran paip dan tangki air tidak dapat dilaksanakan.

Pelaburan disalurkan Kerajaan Persekutuan bernilai lebih RM14 bilion kepada kerajaan Selangor bertujuan membantu kerajaan negeri melalui Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS) iaitu syarikat 100 peratus milik kerajaan negeri mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air dan pinjaman kerajaan negeri, namun tidak dimanfaatkan kerajaan negeri.

Antara projek paling terkesan ialah LRA Langat 2 bernilai RM3.7 bilion sepatutnya siap pada 2017 tetapi perubahan dasar kerajaan negeri sejak 2008 menyebabkan projek itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada 2022.

Fasa A, LRA Langat 2 sudah siap sejak 2 Februari lalu dan kini dalam proses ujian dan pentauliahan dengan bekalan air sebanyak 565 juta liter sehari (MLD) mula disalurkan ke LRA berkenaan dari Pahang.

Jumlah ini sangat besar, bekalan air mula masuk dalam sistem dan air ini percuma dan bila sudah masuk, tidak akan berlaku krisis air di Selangor. Pada 2 April nanti, air akan masuk sepenuhnya dengan kapasiti dua kali ganda atau 1,130 juta liter sehari.

Walaupun kerajaan Selangor mendapat bekalan air tambahan percuma ini, Kerajaan Persekutuan tetap perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk membayar kepada kerajaan negeri Pahang disebabkan kegagalan kerajaan Selangor melengkapkan perjanjian berhubung dengan keseluruhan proses penstrukturan semula itu,

Selangor perlu menjadi kerajaan bertanggungjawab dalam mematuhi perjanjian, hak rakyat Selangor untuk mendapatkan bekalan air bersih tidak boleh dinafikan.

PERBANDINGAN NAJIB DENGAN MAHATHIR BERKAITAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT LUAR BANDAR

$
0
0

Amat tidak adil untuk membandingkan  pentadbiran DS Najib dengan Tun Mahathir. 

Pertamanya kerana masing-masing berada dalam zaman  yang berbeza dengan cabaran yang ditempuhi juga berbeza. Ia dipengaruhi oleh keadaan politik, ekonomi dan sosial pada zaman berkaitan.

Keduanya, tempoh masa untuk kedua-duanya  memegang  jawatan juga berbeza. DS Najib  masih menyandang jawatan sebagai Perdana bermula pada tahun 2009  hingga sekarang. Manakala Tun Mahathir  telah menjawat jawatan tersebut  dari tahun 1982 sehingga tahun 2004.

Pada zaman Dr Mahathir, tidak ada istilah ‘berita di hujung jari’  sepertimana sekarang, dengan kemajuan teknologi komunikasi maklumat, perkara yang diperkatakan hanya dalam sekelip mata sudah tersebar di seluruh  negara, malah dunia.

Memang diakui bahawa Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun  telah berjaya memodenkan Malaysia dengan bangunan-bangunan hebat bersama infrastrukutur bertaraf dunia. 

Namun disimpulkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 yang menyifatkan infrastruktur negara ketika itu berada dalam kelas dunia, namun  cara  berfikir rakyat Malaysia adalah  ditahap kelas ke tiga.

Umumnya rakyat mengakui bahawa Tun Mahathir sewaktu mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membina berbagai infra samada melalui peswasataan mahupun dibina oleh kerajaan. Malangnya, semuanya itu, tidak berimpak langsung kepada rakyat, terutama golongan marhein. 

Penumpuan pembinaan di Lembah Klang dan Pantai Barat Semenanjung sahaja. Manakala pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak diabaikan. Ada yang mendakwa bahawa rakyat Sabah dan Sarawak dizaman Tun Mahathir sekadar “mampu memperhatikan daripada jauh sambil menelan keinginan yang gagal ditunaikan oleh kerajaan pusat ketika itu”.

Berbeza dengan era pentadbiran DS Najib yang jelas melihat lompang yang perlu diatasi pada kedua-dua negeri Malaysia Timur tersebut. Hasilnya, Rakyat di Sabah dan Sarawak kini akan menikmati Lebuhraya PAN Borneo sepanjang 1,236 km jaraknya  dengan anggapan kos  berjumlahRM 12.86 bilion. 

Kerajaan pusat menanggung keseluruhannnya, bukannya diswastakan kepada kroni yang paling rapat.  Apa yang lebih mengembirakan rakyat bahawa DS Najib menjanjikan lebuhraya yang akan dibina oleh kerajaannya adalah  bebas tol.

Projek Lebuhraya Pan Borneo bakal menjadi pemangkin lonjakan baharu kepada demografi dan sosioekonomi Sabah dan Sarawak mencakupi peningkatan kualiti hidup, pembangunan koridor baharu ekonomi serta membuka peluang baharu kepada masyarakat setempat.


Selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir, rakyat marhein tidak langsung  diberikan faedah bersama  menikmati kekayaan negara. Beliau, yakni Tun Mahathir hanya mengumpul beberapa individu untuk “menjelmakannya” menjadi superkaya.

Berbeza dengan polisi membela rakyat yang memberi pelbagai inisiatif dan bantuan sebagai penghargaan kepada sasaran, iaitu rakyat miskin, BRIM misalnya, bukan sahaja bermanafaat secara langsung kepada rakyat bahkan mampu menghidupkan ekonomi kampung. Sebagai contoh,  sebuah DUN  di Sabah telah mengeluarkan sumbangan 42,000 orang  penerima BR1M yang layak. Ertinya hampir RM40 juta wang tunai mengalir di kawasan dun tersebut dalam setahun. 

Jumlah ini merupakan 40 kali ganda peruntukan kerajaan bagi sesebuah dun. Impak berganda kepada RM40 juta tersebut terhadap menyuburan ekonomi sesebuah DUN di luar bandar. Ianya merupakan  nikmat untuk rakyat yang belum pernah  dirasai  sebelum ini,  kecuali masa  DS Najib.

Isu ekonomi  menjadi tumpuan analisa perbandingan diantara zaman DS Najib dengan Tun Mahathir. 

Serangan demi serangan yang berupa persepsi  buruk dilakukan oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan DS Najib kononnya negara berada digerbang muflis.

Mereka yang menyerang kerajaan agaknya terlepas pandang berkait dengan kedudukan rekod KDNK Malaysia pada waktu ini antara yang terbaik di ASEAN dengan kadar USD 9,700 per kapita lebih tinggi dari Filipina (USD 2,900), Indonesia (USD 3,300) dan Vietnam (USD 2,100)

Pada tahun 1998 KDNK  dizaman Tun Mahathir, KDNK kita berada pada tahap RM 288 bilion. Kedudukan ini berbeza pada tahun 2008 di mana ianya  telah meningkat kepada RM924 billion. Pada tahun  2015 KDNK kita telah meningkat kepada RM1.15 trillion. Ini menunjukkan bahawa perancangan pertumbuhan ekonomi selari impak manfaat kepada rakyat.


Sebagai perbandingan, KDNK negara pernah berada pada kedudukan negatif 7% sewaktu Tun Mahathir memacu negara ketika Krisis Kewangan Asia pada 1998.

Pada 1998 sewaktu berlaku Krisis Kewangan Asia , KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 7%, manakala pada tahun 2008 sewaktu Krisis Kewangan Global KDNK kita telah menguncup sebanyak negatif 1.5%.

Pada 2015- 2016 walaupun kita berdepan dengan krisis kejatuhan harga komoditi minyak yang begitu mendadak dan menyebabkan kerajaan kehilangan lebih dari RM30 billion pendapatan tetapi negara masih merekodkan pertumbuhan ekonomi yang positif  iaitu 6%  pada tahun  2014, 5%  pada tahun 2015 dan 4.1%  pada tahun 2016.

Pentadbiran keterbukaan DS Najib terhadap perdagangan antarabangsa berbeza berbanding Dasar Pandang Ke Timur (LEP) dilaksanakan  Tun  Mahathir .Di bawah LEP, Mahathir berusaha menggalakkan rakyat mengubah persepsi terhadap negara Barat sebagai model peranan dan melihat ke arah Jepun dan Korea.Dengan LEP, banyak kontrak kerajaan diberikan kepada syarikat bukan Jepun, terutama syarikat British, dibatalkan.

Berbeza dengan Tun Mahathir,. DS Najib lebih melihat jauh ke hadapan di mana beliau tidak membatalkan kontrak syarikat bukan China. Projek baru China yang dibiayai di Malaysia semuanya adalah projek baru. 

DS Najib dan Tun Mahathir  dilihat cuba menarik pelaburan tetapi sifat pelaburan adalah berbeza. Di masa Tun Mahathir, Jepun berusaha menubuhkan industri di Malaysia. Berbeza dengan pelaburan China masa DS Najib di mana pelabur China berminat untuk membangunkan projek mega infrastruktur yang tidak mampu dilakukan syarikat tempatan. 

Orang China tidak hanya datang untuk melabur tetapi berusaha mengembangkan pelaburannya. Mereka merancang melaburkan berbilion ringgit dalam projek dan akan mempunyai kesan berganda ke atas ekonomi. Contohnya, kemasukan RM6 bilion daripada Pelabuhan Pulau Pinang, projek pelabuhan RM43 bilion Gateway Melaka dan RM55 bilion bagi projek Landasan Kereta api Pantai Timur (ECRL) .

Memang China mempunyai kepentingan geopolitik dalam pembiayaan projek mega tetapi berkata ia tidak bermakna Malaysia dijual kepada Beijing, seperti didakwa sesetengah pihak, termasuk Mahathir.

Selagi DS Najib mengekalkan pendirian terbuka dengan mengambil kira kuasa besar yang lain, seperti Amerika Syarikat, Jepun dan India, dan menarik pelaburan dari negara ini, maka kita boleh mengimbangi pengaruh China.

Berbeza dengan Tun Mahathir yang mengutamakan kroni-kroninya, terutama yang melibatkan pengambi-alihan beberapa agensi yang banyak menyumbang keuntungan melalui program penswastaan, pembagunan masyarkat luar bandar tenggelam dalam polisi Tun Mahathir yang dilihat terlalu mewah itu.

DS najib yang melihat pentingnya dibangunkan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar, tanpa meminggirkan mereka sama sekali dalam keseimbangan pembangunan.Kerajaan menerusi ETP juga tidak meminggirkan sosioekonomi masyarakat luar bandar dengan pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai salah satu usaha pelengkap mengimbangi kepesatan pembangunan bandar dan luar bandar.

Program Transformasi Luar Bandar (RTP) adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dengan program-program pengingkatan pendapatan disamping pengurangan kos hidup.

Berdasarkan rekod pencapaian bagi tahun 2015, jumlah terkumpul nilai jualan di tujuh buah RTC iaitu RTC Perak, RTC Kelantan, RTC Pahang, RTC Johor, RTC Kedah, RTC Terengganu, RTC Sarawak (Miri) mencapai sehinggai RM454 juta dengan jumlah bilangan pengunjung ke RTC seramai 9.73 juta orang.

Projek ini memberi pulangan terus kepada rakyat sepertimana agihan subsidi lebih adil kepada golongan  sasar. 

Jelas bahawa Polisi Pembangunaan Ekonomi DS Najib lebih dilihat menyumbang kepada usaha membangunkan kehidupan masyarakat tersebut, berbanding dengan era pentadbiran Tun Mahathir yang lebih mengutamakan  pembangunan kerabat dan kroni-kroninya yang berkepentingan.

#PRU14 : SAMBUTAN TERHADAP CERAMAH MAHATHIR BUKAN TANDA SOKONGAN RAKYAT KEPADA PH

$
0
0
 

Ketika PRU13, pembangkang sering guna gambar dari ceramah Anwar Ibrahim untuk menunjukkan kononnya mereka mendapat sokongan rakyat.

Gambar paling epik adalah ceramah Anwar Ibrahim di Kuala Pilah bertarikh 27 April 2013.


Sekarang pemuja Mahathir guna modus operandi yang digunakan oleh pengikut Anwar Ibrahim ketika PRU13.

Terbaru pemuja Mahathir sebarkan gambar sambutan terhadap ceramah Mahathir di Temerloh malam tadi.

Oleh kerana para pemuja Mahathir giat menyebarkan gambar-gambar ceramah Mahathir untuk membentuk persepsi konon Mahathir dapat sokongan dan seolah-olah Najib Razak kini ditolak rakyat.

Apa kata kita tengok gambar-gambar sambutan rakyat kepada Najib Razak ketika beliau berkunjung ke Tawau dan Semporna.






Terbukti ada puluhan ribu rakyat hadir bersama Najib Razak di Tawau dan Semporna walaupun Semporna adalah kubu Shafie Afdal.

Jadi, selagi tak diterjemahkan di atas kertas dan peti undi.

Tak perlulah pemuja Mahathir gebang kata sambutan dalam setiap ceramah adalah tanda sokongan rakyat kepada Mahathir.

Kerana bukti ada di depan mata.

Dalam PRU13 lalu, setiap siri ceramah Anwar Ibrahim dapat sambutan puluhan ribu tapi BN yang menang dan membentuk kerajaan.
Haha!

14 Aku Janji Manifesto BN PRU14

$
0
0
14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14


1. Ekonomi Keperluan Rakyat



》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani peningkatan kos sara hidup.

》Dalam 5 tahun yang akan datang, tumpuan akan di berikan pada meningkatkan kualiti hidup rakyat, pengagihan kemakmuran ekonomi negara dengan lebih sekata terutamanya kepada golongan yang memerlukan seperti B40, pemain industri kecil dan sederhana, petani, nelayan, generasi TN50, warga emas, OKU dan juga warga peneroka Felda.
》Pelepasan cukai pendapatan dari RM5,000 akan di tingkatkan pada RM10,000 ke atas perbelanjaan perubatan ibubapa.


Penjenamaan semula BR1M dengan menambah jumlah pemberian kepada golongan sasaran dan memperkenalkan kategori baru penerima BR1M pasti menjadi berita gembira.

Selanjutnya baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/dompet-rakyat/

2. Kemampanan Dan Kemakmuran Ekonomi Negara




》Di samping menghadapi cabaran ekonomi glibal yang tak menentu, kerajaan BN akan memastikan pertumbuhan ekonomi akan terus berkembang secara konsisten melalui perencanaan ekonomi yang jelas dan tuntas serta beriltizam tinggi.

》Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menjadi tunjang kepada Program Transformasi Negara akan di teruskan dalam segenap kluster dan peringkat.

》Ruang untuk rakyat mendapat akses kepada peluang ekonomi dan pekerjaan berpendapatan tinggi akan kerajaam BN ikhtiarkan dengan bersungguh2.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/3-juta-kerja/

3. Perumahan Keperluan Rakyat


》1 Keluarga 1 Rumah memang menjadi iltizam kerajaan BN bawah pimpinan DS Najib.

》 Program pemilikan rumah yang di perkenalkan sejak 2011 seperti Program Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, Rumah Idaman Rakyat, Perumahan Rakyat 1Malaysia, RUMAWIP, PPA1M, Skim Rumah Pertamaku dan skim MyDeposit akan di teruskan dan di perkemaskan dalam lima tahun yang akan datang supaya matlamat 1 Keluarga 1 Rumah tercapai.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/kediaman-1negaraku/

4. Pemacuan Modal Insan, Kecemerlangan Pendidikan





》Untuk memperkasakan modal insan dalam menghadapi persaingan kreativiti, daya fikiran dan kemahiran di peringkat global, kerajaan BN akan meneruskan pembangunan potensi warga Malaysia dari sekecil 5 tahun dengan mewibawakan sistem pendidikan bermula dari  peringkat rendah dan menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi dengan memperkasakan TVET, mendaya ekosistemkan unuversiti yang dinamik supaya sesuai dengan keperluan  Revolusi Industri 4.0.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/pendidikan-sesuai-masa-depan/

5. Keselamatan Rakyat Keutamaan Kami





》Kemakmuran ekonomi tidak akan dapat di nikmati sekiranya rakyat tidak merasa selamat.

》Kesiapsiagaan pasukan keselamatan dan pihak berkuasa dari sudut teknikal, strategi dan peralatan perlu di pertingkatkan selaras dengan cabaran keadaan semasa.

》Kerajaan BN juga tidak akan melupakan kebajikan mereka dan keluarga mereka bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan supaya rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/aman-1negaraku/

6. Membahagia Dan Menjayakan Wanita Negara





》Bagi kerajaan BN, wanita adalah aset penting negara.

》Dalam tempoh 5 tahun yang mendatang, kerajaan BN akan terus menyempurnakan ekosistem mesra wanita dan keluarga dalam menentukan wanita Malaysia sebagai insan, ibu, isteri, anak mahupun pemimoin yang bahagia dan berjaya.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/utamakan-ibu-wanita/

7. Generasi Muda Pewaris Masa Hadapan





》Bagi merealisasikan program nasional TN50, kerajaan BN akan membuka seluas mungkin medan buat generasi TN50  melakar masa hadapan yang mereka impikan.

》Peluang dan ruang ekonomi akan terus di buka untuk mereka.

》Kerajaan BN akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan dan penambahbaikan infra khusus serta meluaskannya ke seluruh negara bagi memastikan tiada generasi TN50 yang ketinggalan untuk melangkah ke era Revolusi Industri 4.0.

》Merekalah yang akan membawa dan mengibar panji Malaysia di pentas dunia di masa yang akan datang.

Baca seterusnya di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/tn50/

8. Kesejahteraan Warga Emas Dan Kelainan Upaya




》Dalam membawa negara ke arah TN50, kerajaan BN tidak sekali2 akan meminggirkan warga emas dan juga warga kelainan upaya agar mereka juga sama2 dapat menikmati kemakmuran negara.

》Sebagai warga yang telah banyak menabur bakti kepada negara, kerajaan BN berpendapat sudah sampai masanya agar negara pula mencurahkan bakti kepada mereka sebagai ucapan terima kasih kita kepada mereka.

》Bagi anak2 kelainan upaya, kerajaan BN menyediakan sistem pendidikan Permata Kurnia dan akan di perluaskan ke seluruh negara bagi memastikan tidak ada yang keciciran di dalam mendapat pendidikan.

》Kerajaan juga akan menyediakan pelbagai insentif kepada syarikat yang secara sukarela memberi peluang pekerjaan kepada golongan istimewa ini.

9. Memperkukuhkan Pembinaan Negara Bangsa



》Kerajaan BN percaya pencapaian sesebuah tamadun tidak hanya di ukur dari kemajuan lahiriah sahaja malah diiringi dengan kemajuan ilmu, perkembangan budaya dan ketinggian akal budi sesuatu bangsa.

》Justeru sejak berdekad lama, kerajaan BN telah berusaha membina negara bangsa yang maju serta seimbang di dalam segenap sudut peradaban kehidupan Malaysia.

》Kerajaan BN akan memastikan keadilan kepada semua termasuk warga Malaysia yang berada di Sabah dan Sarawak.

》Hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah perjanjian Malaysia 1963 akan di realisasikan secara konsensus.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/senyum-sabah-dan-sarawak/

10. Mengutamakan Kesejahteraan Sosial Dan Kualiti Hidup Rakyat



》Kerajaan BN percaya bahawa kesejahteraan hidup warga Malaysia adalah paksi terpenting dalam strategi pembangunan negara.

》Perlu ada usaha berterusan untuk menilai elemen kesejahteraan rakyat melalui perspektif ekonomi dan sosial.

》Ianya merangkumi aspek kebudayaan, alam sekitar, keharmonian keluarga, tadbir urus, kesihatan, perumahan, pengagihan pendapatan, keselamatan awam, penyertaan sosial dan persekitaran kerja.

Baca selanjutnya di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/hidup-sihat/

11. Membina Infra Rakyat Dan Meningkatkan Kesalinghubungan




》Untuk memastikan pembangunan yang lebih sekata, bermula dari tahun 2009, kerajaan BN telah mula melaksanakan 13 projek infrarakyat di seluruh negara.

》Bagaimanapun projek infra keperluan rakyat seperti jalan2 kampung, jambatan, mampu jalan dan pembentungan tidak di pinggirkan.

》Projek2 ini mungkin berskala kecil namun memberi munafaat yang besar kepada rakyat.

Baca selanjutnya di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/pengangkutan-futuristik/

12. Memperkukuh Agenda Bumiputera Dan Mempertahankan Kesyumulan Islam



》Barisan Nasional merupakan sebuah perikatan politik yang meraikan kepelbagaian kaum, etnik dan agama.

》Walau pun kepentingan Islam dan Bumiputera termaktub dengan jelas dalam Perkara 153 namun kerajaan BN tidak pernah menindas apa lagi menzalimi mana2 kaum dan agama di Malaysia.

》Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus di pelihara tanpa menjejaskan hak dan kebebasan agama2 lain.

》Dasar ini akan kita teruskan demi memupuk keharmurnian kehidupan pelbagai kaum di Malaysia.

13. Tadbir Urus Yang Baik Dan Penyertaan Rakyat


》Kerajaam BN percaya di dalam memenuhi kehendak masyarakat madani di bawah konsep  Baldatun Toiyibatun Wa Rabbu Ghafur, penyertaan rakyat dalam membantu kerajaan membuat keputusan adalah mustahak.

》Zaman di mana kerajaan mengetahui segala2nya sudah berlalu.

》Beberapa akta telah di mansuhkan demi untuk membuka ruang kepada demokrasi.

》Namun keterbukaan ini WAJIB berlandaskan kepada kebenaran dan kebertanggungjawaban.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/perkasa-digital/

14. Meraikan Perbezaan Merapatkan Jurang



》Kerajaan BN sentiasa percaya pada kerjasama dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

》Dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak, kerajaan BN percaya keadilan sosial, ekonomi dan pembangunan akan mengeratkan hubungan sesama kita.

》Atas semangat itu, kerajaan BN telah dan akan terus melakukan pelbagai inisiatif untuk merapatkan jurang ekonomi demi mengutuhkan pembangunan keharmonian rakyat berbilang kaum, agama dan rentas geografi.

PRK SERI SETIA : TTS MERDEKA MENYATUKAN PEMUDA UMNO & PAS

$
0
0


Terdapat kelainan kempen PRK DUN Seri Setia malam ini di mana program TTS Merdeka Mat Motor anjuran Pemuda PAS menampilkan Ustaz Afif Othman, Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Tindakan Ustaz Afif Othman dan Pemuda PAS adalah usaha yang baik dan ia wajar dijadikan panduan bagi kedua-dua pihak dalam menjayakan kerjasama antara UMNO dan PAS.


Malah kemesraan yang ditunjukkan Pemuda PAS dan UMNO ia memberi tanggapan positif bagi penyatuan bangsa Melayu untuk membantu PAS memenangi kerusi DUN Seri Setia.

Berdasarkan sambutan rata-rata senang dengan calon PAS kerana Dr. Halimah Ali dilihat lebih mesra, mudah didekati berbanding calon PKR.


Sekiranya peratusan keluar mengundi rendah seperti PRK Sungai Kandis, calon PAS dikatakan mempunyai peluang mencipta satu kejayaan bagi pembangkang.

Hari pembuangan undi PRK Seri Setia adalah pada 8 September 2018  dan ahli UMNO diminta untuk keluar awal dan memilih Dr. Halimah Ali.

Syabas Afif Othman, Exco Pemuda UMNO kerana telah meletakkan benchmark bagi menjayakan kerjasama di antara UMNO dan PAS.




MEMBONGKAR SISI GELAP @MCDONALDS MALAYSIA - PART 1

$
0
0

Sebaik sahaja saya menerima fail gelap McDonalds Malaysia (McD Malaysia), saya mengambil masa seminggu bagi menyelidik aduan tersebut bagi memastikan sejauh mana kebenarannya.

Kemudian saya mendapatkan beberapa pihak yang menjadi mangsa kepada McD Malaysia iaitu pemilik francais atau disebut sebagai Francaisi.

Sebelum itu ingin saya tekankan, ini bukan kempen untuk memboikot McDonalds. 

Pendedahan ini juga bukan berniat untuk memburukkan reputasi McD Malaysia yang memang sudah sedia buruk bagi saya.

Sisi gelap McD Malaysia harus sampai kepada masyarakat kerana ia membabitkan penindasan, penganiayaan, perkauman dan penipuan yang berlaku diamalkan oleh McD Malaysia.

Kepada yang malas membaca, jangan khuatir - saya turut hasilkan video dan boleh tonton di bawah artikel ini.

Sekiranya anda pernah terfikir atau berangan untuk memiliki sebuah outlet McDonalds saya nasihatkan tangguh atau lebih baik batalkan sahaja hasrat itu. Memiliki sebuah outlet McD tidak seindah seperti yang dilihat dari luar outlet mereka.

Ramai Francaisi kini sedang ditindas, ditekan dan outlet bakal ditamatkan pada bila-bila masa atas pelbagai alasan yang sengaja dicipta oleh McD Malaysia.

Bercakap tentang Francaisi McD Malaysia, sudah pasti ia melibatkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama kerana Francaisi McD terdiri daripada usahawan Melayu, India dan ada Cina.

Malah kebanyakkan daripada mereka telah saya temui dan sekiranya pendedahan ini membuatkan mereka berdepan dengan lebih tekanan daripada pihak McD Malaysia. Anggaplah itu adalah harga yang perlu dibayar dalam proses untuk menuntut keadilan dan mendedahkan kebenaran.

Sebelum itu kita recap sedikit mengenai McDonalds Malaysia.

McDonalds Malaysia asalnya dimiliki oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd. Namun selepas berdepan isu boikot besar-besaran ekoran timbul dakwaan McD menyumbang dana kepada zionis dalam konflik di Gaza, Golden Aches Restaurants telah ditukar nama kepada Gerbang Alaf Restaurant Sdn. Bhd (65351-M).

Ya, guna nama Malaysia barulah tidak nampak seperti yahudi zionis walaupun perangai mengalahkan zionis!

Rakyat Malaysia pasti tidak lupa empat tahun yang lalu, kita pernah boikot McD secara besar-besaran ada outlet dirosakkan sehingga cermin kereta yang mempunyai sticker McD pun turut dipecahkan.

Demo boikot McD - 4 tahun lalu
Boikot ini berlangsung di seluruh negara, ada yang berdemo di hadapan outlet bagi meluahkan kemarahan mereka kepada McD. Begitulah rakyat Malaysia, kita hanya perlu petik 'suis' yang betul untuk memastikan mereka bangkit boikot sesuatu produk.

Dan dalam usaha untuk mendapatkan kembali keyakinan pelanggan di Malaysia, seingat saya McD mengadakan pemberian sarapan pagi percuma dan selepas itu bermula dengan 10 orang beratur ambil sarapan percuma, menjadi 100 orang dan seterusnya kita kembali membeli McD.

Antara gambar boikot McDonalds - 4 tahun lalu
Di atas adalah mukadimah, teruskan membaca dengan istiqomah kerana cerita boikot McD empat tahun lalu sekadar untuk membuka dan 'refresh' minda pembaca terutama pihak McDonalds Malaysia.

Pembongkaran mengenai sisi gelap McDonalds Malaysia ini berpandukan aduan di bawah :



Malah berdasarkan rekod aduan telah dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) malangnya mereka bersikap seolah-olah lepas tangan kerana Francaisi yang membuat aduan tidak mendaftarkan perniagaannya.

Lebih dangkal lagi, KPDNHEP minta pengadu menghantar surat kelulusan. Bukankah nampak bodoh, kalau sudah tidak berdaftar di mana pengadu mahu cari dan dapat surat kelulusan?

Maklum balas KPDNHEP selepas aduan dibuat
Lebih mendukacitakan kita apabila pihak berwajib KPDNHEP gagal bertindak walaupun sedar McDonalds Malaysia selaku pemegang francais melakukan kesalahan di bawah Perkara 6A (3) Akta Francais 1998.


Perkara 6A (3) Akta Francais 1998
Perkara 6A (3) menyebut Francaisor mesti mendaftarkan setiap Francaisi mereka. Tapi McD Malaysia tidak melakukannya.

Berdasarkan aduan Francaisi dan maklum balas KPDNHEP membuktikan Francaisor tidak mendaftarkan Francaisi mereka dengan KPDNHEP seperti termaktub dalam Akta Francais 1998, jadi apa tindakan?

Masih diam membisu, buta, pekak dan tuli?

Adakah Menteri KPDNHEP, Datuk Saifuddin Nasution sedar apa yang berlaku dalam kementerian yang diterajui oleh beliau?

Oh! kalau pun Menteri tahu, saya jangka skrip seperti biasa - "salah kerajaan lama.."

Selain aduan kepada KPNDHEP, difahamkan aduan turut dibuat kepada PPIM pada 10 Julai 2018 berdasarkan surat di bawah ;

Surat aduan kepada PPIM
Ironinya, sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil oleh kedua-dua pihak untuk menyelesaikan aduan tersebut. Saya tertanya-tanya kenapa PPIM berdiam diri, bukan mahu menuduh tetapi seingat saya PPIM mempunyai hubungan baik dengan McD Malaysia.

Adakah perkara ini sengaja didiamkan oleh PPIM bagi menjaga hubungan baik dengan McD Malaysia. Apa McD Malaysia sudah 'kawtim' jalan belakang dengan PPIM?

Jika tidak kenapa tiada sebarang sidang media dibuat oleh PPIM. Ini berbeza dengan kes Caltex, walaupun mahkamah memutuskan Caltex berhak menamatkan pemilik Francais, PPIM tetap mengadakan sidang media di hadapan stesen minyak Caltex.

Di mana Dato Nadzim Johan selaku Ketua Aktivis PPIM?

Toqqi dengan saya adalah kawan bermula kes Cadburry, Toqqi tahu saya orang aman dan saya bukan orang jahat - namun dalam soal penindasan dan penganiayaan saya tidak berkompromi sama sekali.

Bila KPDNHEP tidak bertindak, hero dan pejuang pengguna pula diam membisu maka fail sisi gelap McD Malaysia terpaksa saya dedahkan secara terbuka.

Untuk pengetahuan selain tidak mendaftarkan Francaisi mereka, terdapat lagi tiga kesalahan  membuktikan McDonalds Malaysia melanggar Akta Francais 1998.

1. Territory Rights/Hak Wilayah

Akta Francais 1998 - Perjanjian Francais Bahagian III 
Berdasarkan Akta Francais 1998, dalam Bahagian III di bawah Perkara 18 2 (b) Perjanjian Francais menyatakan :
"Hak wilayah yang diberikan kepada pemegang francais (francaisi) dan menjadi kewajipan pemberi francais (francaisor) untuk mematuhi perkara itu di mana kegagalan mematuhi subseksyen 2 menjadikan perjanjian batal dan tidak sah."
Namun apabila merujuk dalam perjanjian McDonalds Malaysia dengan Francaisi hak wilayah tidak dinyatakan secara eksklusif dan tidak dilindungi seperti termaktub dalam Akta Francais 1998.




Bermakna dalam perjanjian McDonalds Malaysia - Hak Wilayah bagi Francaisi berdasarkan saiz restoran sahaja dan tidak dilindungi. Francaisor boleh sesuka hati membuka restoran baru dalam wilayah Francaisi pada bila-bila masa tanpa merujuk kepada Francaisi.

Ini adalah terma perjanjian yang gila dan tidak masuk akal.

Biasanya Francaisor menggunakan rekod jualan dalam sesuatu wilayah untuk membuka satu outlet baru dan ini adalah satu penganiayaan yang nyata.

Jika rekod jualan Francaisi dalam sesuatu wilayah banyak dan lumayan, Fraincaisor membuka outlet sendiri bermula dengan satu outlet kemudian menjadi dua, tiga dan seterusnya.

Secara logiknya, tidak masuk akal Francaisor dan Francaisi bersaing di antara satu sama lain, sepatutnya hak wilayah dinyatakan dengan jelas daripada sudut geografi sama ada meliputi Daerah, Pekan, Mukim atau Radius Kilometer.

Berdasarkan hak wilayah jelas menunjukkan perjanjian di antara McDonalds Malaysia dengan Francaisi bercanggah dengan Akta Francais 1998 dan sekiranya perkara ini disahkan benar ke semua perjanjian yang wujud atau sedang berkuatkuasa ketika ini secara teknikalnya terbatal.

2. Promotion Fund/Yuran Pengiklanan

Francaisor kutip yuran pengiklanan atau promosi tidak menjadi satu kesalahan tetapi wang tersebut hendaklah diuruskan di bawah akaun berasingan sebagai mana termaktub di bawah Perkara 20 Akta Francais 1998.

Namun McD Malaysia tidak pernah membentangkan penyata kewangan kepada Francaisi mereka, bermakna McD Malaysia telah melanggar Akta Francais 1998 di bawah Perkara 22 dan 23.

Perkara 20 - Akta Francais 1998

Perkara 20 (4) dan 23 (2) - Akta Francais
Tanpa laporan atau penyata kewangan Francaisi tidak dapat membuat semakan berapakah yuran yang telah dikutip daripada semua Francaisi dan berapakah yang telah dibelanjakan.

Malah menurut maklumat diperolehi sejak McD Malaysia ditubuhkan di Malaysia hanya dua kali McD Malaysia membentangkan dan memulangkan semula baki kutipan yuran pengiklanan kepada Francisi mereka iaitu sekitar tahun 2012.

Sebagai contoh, hasil kutipan yuran pengiklanan daripada keseluruhan Francaisi berjumlah RM5 juta dan jumlah yang McD Malaysia belanjakan untuk pengiklanan cuma RM2 juta. Baki RM3 juta sepatutnya dibentangkan dan dipulangkan kepada Francisi.

Tetapi perkara ini tidak dilakukan, justeru ke mana baki perbelanjaan daripada yuran pengiklanan selama ini?

3. Diskriminasi 

Dalam Akta Francais 1998, Perkara 20 menyebut ;
"Francaishor tidak boleh mengamalkan diskriminasi tanpa alasan munasabah ke atas pemiliki pemiliki Francais (Francaisi)"
Akta Francais 1998 - Perkara 20
McD Malaysia turut mengamalkan diskriminasi ke atas Francaisi dengan meletakkan syarat yang berbeza-beza. Sebagai contoh perkhidmatan Drive Thru sepatutnya diberikan kepada pengendali berpengalaman menguruskan restoran McDonalds tetapi berdasarkan aduan membuktikan sebaliknya berlaku.

Aduan
Semua yang saya paparkan ini hanya sebahagian daripada sisi gelap McDonalds Malaysia. Bila saya kata ini adalah bahagian pertama sudah pastinya ada bahagian yang kedua. Dalam bahagian kedua saya memperincikan penipuan, penganiayaan dan perkauman yang diamalkan oleh McDonalds Malaysia.

Sebelum itu, saya mahu pihak berwajib memberi satu jawapan munasabah kenapa tiada tindakan diambil terhadap McDonalds Malaysia walaupun jelas mereka melanggar Akta Francais 1998.

Adakah kerana nama McDonalds maka tiada satu orang pun terfikir yang mereka melanggar undang-undang yang digubal dalam negara?

Akta Francais 1998 diwartakan untuk membantu dan menggalakkan usahawan menceburi perniagaan francais. Sekiranya akta yang ada itu gagal membela dan melindungi mereka daripada ditindas oleh kapitalis bernama McDonalds Malaysia lebih baik campak sahaja Akta Fraincais 1998 ke longkang!

Dan PPIM harus tampil menjawab artikel ini, saya berikan masa tiga hari untuk PPIM menjelaskan kenapa tiada sebarang usaha untuk membantu pengadu walaupun aduan telah dibuat pada bulan Julai 2018?

PLAT PATRIOT, PLAT SAS : APA BEZA DI MATA DAP & WARTAWAN MALAYSIAKINI?

$
0
0

Isu kontroversi plat Patriot nampaknya cuba ditutup oleh Malaysiakini tanpa mendapatkan respon dari Nga Kor Ming dan Liew Chin Tong selepas penjelasan yang diberikan oleh pihak JPJ dan YPNM.

Dalam bahasa mudah faham, Malaysiakini bersikap baling batu sembunyi tangan!

Rujuk dua artikel sebelum [SINI] dan [SINI]

Bagi saya, kontroversi plat Patriot yang sengaja ditimbulkan oleh Malaysiakini tidak selesai selagi pihak-pihak yang melemparkan tuduhan ke atas YPNM tidak membuat permohonan maaf secara terbuka.

Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab Malaysiakini yang mengaitkan YPNM dengan kroni UMNO - imej YPNM sedikit sebanyak terjejas sekaligus merosakkan reputasi YPNM sebagai sebuah yayasan yang ditubuhkan bagi melahirkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Justeru, tidak salah rasanya untuk saya bertanya kenapa Malaysiakini, DAP dan pihak-pihak pembangkang tidak mahu membangkitkan isu Plat SAS yang dikeluarkan sempena Ulang Tahun Kelahiran Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Baca laporan penuh
Penjualan plat SAS 1 hingga SAS 9999 dijalankan oleh sebuah syarikat TAT ALLAINCE SERVICES SDN. BHD di mana Datuk Seri Johny Ch’ng Ewe Gee (gambar) merupakan Naib Pengerusi dalam syarikat berkenaan.



Saya timbulkan persoalan ini ekoran perbezaan antara penjualan plat PATRIOT dengan plat SAS. Berdasarkan laman web, plat PATRIOT membuka peluang untuk sesiapa saja membuat bidaan selain mengetahui status bidaan semasa.
Tetapi plat SAS dijual secara tertutup, di mana pelanggan yang berminat perlu melalui tiga langkah di bawah untuk mengetahui status harga.


Berdasarkan perbezaan proses pembidaan antara plat PATRIOT dan SAS, bagi saya proses penjualan plat PATRIOT lebih telus.

Di mana jumlah pendapatan yang diperolehi oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) diketahui berbeza dengan pendapatan dari penjualan plat SAS yang hanya diketahui oleh syarikat yang menguruskan penjualan plat berkenaan.

Jadi, kita nak tanya Malaysiakini, DAP dengan sekutu mereka - kalau plat PATRIOT dijadikan kontroversi konon berkait dengan kroni UMNO.

Apakah plat SAS berkait dengan kroni DAP atau kepentingan orang cina sehingga Malaysiakini tidak pernah bersuara atau membangkitkan perkara ini?

Kita juga mahu bertanya dengan ADUN Umno dari Kempas - antara penjualan PATRIOT dengan SAS yang mana satu persis aktiviti pelacuran?

Arioss...!

YY : teringin tengok forum terbuka antara DAP dengan YPNM.

PETRONAS DAGANG SISIHKAN PRODUK IKS?

$
0
0

Baru-baru ini timbul satu dakwaan Petronas Dagang Berhad sisihkan produk usahawan tempatan (IKS) daripada dipasarkan di Kedai Mesra di stesen-stesen minyak Petronas.

Menurut satu sumber Petronas Dagang kini kerap menghantar pegawai untuk membuat pemeriksaan ke atas stesen-stesen minyak Petronas dan mengetatkan syarat urusniaga untuk produk-produk IKS dipasarkan di Kedai Mesra Petronas.

Berdasarkan sumber tersebut jika sebelum ini pegawai-pegawai ini hanya turun setiap sebulan sekali kini mereka turun seminggu sekali untuk memastikan produk IKS tidak melebihi produk jenama luar.

Tindakan Petronas Dagang seolah-olah tidak mahu produk-produk IKS dipasarkan dalam Kedai Mesra Petronas adalah tidak sejajar dengan aspirasi kerajaan supaya pengusaha IKS bersaing dengan produk antarabangsa.

Berikut mesej yang tersebar melalui WhatsApp :


Kita berasa bangga anak syarikat Malaysia PETRONAS mempunyai cawangan stesen minyak paling banyak di Malaysia lebih kurang 1050 cawangan.

Tapi kita rasa kecewa sikit tentang urusniaga mereka terhadap IKS dan produk tempatan berbeza dengan produk antarabangsa kebelakangan ini jelas ZAMRI ZAIMON presiden PEMA apabila beliau melawat aktiviti IKS di beberapa stese PETRONAS di Kuala Lumpur.

Kebelakangan ini Pentadbiran pusat PETRONAS DAGANG BERHAD kerap menghantar pegawai-pegawai mereka melawat secara mengejut ke setiap stesen untuk mengetatkan urusniaga IKS dan produk tempatan.

Biasanya mereka melawat sebulan sekali atau beberapa bulan hanya nak pastikan produktiviti dan info terbaru yang di keluarkan oleh pentadbiran pusat.

Tetapi sebaliknya mereka hantar pegawai hampir setiap minggu semata-mata untuk memastikan urusniaga IKS tidak melebihi produk antarabangsa dengan alasan mereka membayar sewa bulanan.

Adakah ini yang disarankan kerajaan untuk menjaga ekonomi tempatan lebih- lebih lagi kebanyakan IKS dan produk tempatan dimiliki oleh bumiputera.

Ini pernah berlaku di pasaraya besar sehingga susah kita nak lihat IKS boleh bersaing dengan produk antarabangsa.

Berbagai undang-undang dan S.O.P dibuat hingga susah nak nampak IKS menonjol atau sekurang-kurangnya capai jualan lebih RM1 juta setahun.

Produk mereka diletakkan belakang kadang-kadang ruang yang kecil yang tidak popular untuk pengguna lalu. Bila jualan mereka agak perlahan mereka dikenakan denda keluarkan produk mereka dari pasaraya tersebut.

Sekarang sudah mula perkara yang sama berlaku di stesen minyak dengan alasan jualan mereka tidak mencapai KPI, sedangkan produk mereka tidak dapat menonjol.

Agak sukar untuk IKS dan produk tradisional bersaing dengan produk antarabangsa atau syarikat besar yang jualan mereka RM10 juta ke RM Ratusan juta yang memberi alasan utama kemampuan membayar sewa atau faktor kos logistik yang tinggi.

Jika dibenarkan pun produk mereka diletakkan bahagian belakang atau tempat yang tidak popular oleh pengguna.
Akibat itu juga mereka diarah untuk keluarkan produk dari stesen minyak tersebut sebab tidak mencapai KPI macam produk antarabangsa.

Kadang kala pemilik atau pekerja stesen minyak tersebut membuat aduan ada diantara wakil syarikat produk tersebut mengambil gambar kawasan utama kaunter terus hantar ke pusat Petronas DAGANG KL untuk mereka memberi tekanan kepada mereka.

Tidak sampai 1 ke 2 minggu sampai lah pegawai dari petronas dengan memberi alasan penilaian markah akan dikurangkan jika melanggar peraturan.

PEMA dapat rungutan dan aduan daripada pihak stesen minyak, jualan mereka telah mula menurun jika tempat IKS tidak menjadi tumpuan pengguna hanya bertumpu di kaunter. Pengguna juga selalu ingin kan produk-produk yang asli "FRESH" yang selalu disediakan oleh IKS dan Produk Tradisional.

Apakah sikap PETRONAS DAGANG BERHAD hanya ingin nampak kuota stesen minyak janji ada jual tetapi tidak menghiraukan jualan dan nasib mereka lebih-lebih lagi tidak laku pasti banyak kerugian.

PERTUBUHAN PENGGERAK EKONOMI ISLAM MALAYSIA (PEMA) mengakui faktor "PLANOGRAM" menjadi masalah kepada pasaran IKS dan produk tradisional di Malaysia untuk sesuatu pasaran.
Kita juga mengucapkan terima kasih kerana IKS dan Produk Tradisional diberi kelonggaran untuk urusniaga di stesen-stesen minyak.

Cuma kita dapati mereka secara perlahan akan menghakis ekonomi IKS dan tradisional dan bagi yang lemah akan terus gulung tikar sebab mereka kecil. Kita juga dapati ada juga IKS yang dapat menyumbang jualan harian mereka.

Apa pun kita mengharapkan pihak PETRONAS DAGANG BERHAD meneliti semula sistem yang dibuat untuk urusniaga IKS dan Produk tradisional yang berurusan dengan mereka.

Kita di NGO lebih selesa jika PETRONAS DAGANG BERHAD bertemu dan berbincang dengan kami untuk kaedah yang berkesan untuk menjaga kebajikan IKS dan Produk tradisional.

PEMA hampir 3 tahun telah melantik beberapa aktivis turun melawat sambil membantu dan bekerjasama dengan IKS yang berurusan dengan stesen minyak.

Malah kami sedang membantu dan kerjasama beberapa IKS termasuk memberi modal untuk mereka mengembangkan perniagaan mereka. Lebih 300 stesen minyak yang PEMA telah lawati cuba berurusan dengan mereka , dengan ini, secara tidak langsung dapat bekerjasama dengan IKS-IKS..

TIMB. MENTERI KDN MINTA WANG DEPOSIT, FITNAH JAHAT FB OTAI BERSIH

$
0
0


Saya tidak berniat mempertahankan Datuk Azis Jaman kerana saya langsung tidak ada apa-apa kepentingan dengan beliau.

Malah saya tidak dibayar dan hanya beberapa kali bertemu ketika beliau dalam Pemuda UMNO dahulu entah beliau masih ingat saya atau tidak sekitar tahun 2009 seingat saya.

Daripada sudut politik pula, Datuk Azis Jaman kini merupakan seteru politik kerana beliau daripada Warisan manakala saya adalah UMNO.

Namun saya terpanggil untuk menjawab tohmahan dilemparkan FB Otai Bersih yang mendakwa kononnya Timbalan Menteri KDN membawa kontraktor dan bos gangster ke ujian di IPD Dang Wangi.

Tulisan tersebut jelas diterbitkan dengan niat jahat kerana mengaitkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan sekaligus memberi persepsi negatif terhadap PDRM.

Selain tohmahan palsu, pengendali FB Otai Bersih turut melemparkan fitnah tanpa bukti sahih kerana telah mendakwa Datuk Isz Mikail, Portland Arena Sdn. Bhd sebagai "kaki paw".



Bersandarkan tiga keping gambar, admin Otai Bersih membuat fitnah-fitnah jahat ke atas Timbalan Menteri KDN.

Saya juga berhubung dengan Datuk Azis bagi mendapatkan jawapan sama ada tohmahan yang dibuat oleh admin Otai Bersih adalah benar atau tidak.



Saya ingatkan beliau sudah lupakan dan tak kenal namun jangkaan saya meleset kerana Datuk Azis masih orang yang sama seperti saya kenal dahulu.

Beliau membalas mesej saya;

"Buss...lama kita tidak jumpa bha, apa sudah tidak mahu kawan kerana sudah tukar parti ke apa.?"

Saya jawab, beliau sekarang adalah Timbalan Menteri, segan pula untuk ajak ngopi seperti beliau Pemuda dahulu.

Apabila saya bertanyakan mengenai isu dan dakwaan Otai Bersih, Datuk Azis ketawa dan mengatakan dia bukannya memeriksa setiap latar belakang orang yang hadir dan bertemu beliau di pejabat.

Saya sangat setuju kerana sepanjang saya bekerja dengan Timbalan Menteri ketika BN menjadi kerajaan. Memang orang yang hadir bertemu bos saya terdiri daripada pelbagai latar belakang. 

Saya sendiri tidak pernah pula tanya, adakah tuan seorang gangster atau seorang scammer?

Justeru gambar Datuk Azis bersama sekumpulan individu antaranya Joe Wings satu foto biasa. Selain itu admin Otai Bersih turut mendakwa kononnya Datuk Azis Jaman meminta satu jumlah deposit untuk meluluskan lesen senjata api adalah fitnah jahat.

Ini kerana kuasa meluluskan lesen sejata api adalah kuasa Menteri KDN. Datuk Azis Jaman selaku Timbalan Menteri tiada kuasa meluluskan lesen senjata api.

Selain itu Datuk Azis Jaman juga dikatakan membawa beberapa individu ke IPD Dang Wangi kononnya untuk sesi latihan menembak dakwaan yang tak masuk akal kerana IPD Dang Wangi tiada lapang padang sasar.

Sebagai sahabat lama, saya berharap Datuk Azis Jaman terus melaksanakan tugas beliau dan tidak perlu membuang masa untuk melayan tohmahan Facebooker murahan.

Nampaknya dalam PH turut terdapat hantu raya yang mencari makan dengan buat serangan ke atas Menteri dan Timbalan Menteri mereka sendiri.

Tindakan yang dibuat oleh admin Otai Bersih satu modus operandi yang telah lama diamalkan blogger-blogger BN dahulu.

Daripada pemerhatian saya juga, admin Otai Bersih aktif mempromosikan Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Rahmatanlil' alamin.

Mungkin konsep Rahmatanlil' alamin yang diperkenalkan oleh Menteri Agama daripada Amanah telah mendidik admin Otai Bersih membuat fitnah terhadap kepimpinan dalam kerajaan sendiri.

Saya bercadang untuk panjangkan kes ini kepada Balai Polis IPD Dang Wangi supaya satu tindakan diambil ke atas admin FB Otai Bersih.

Justeru saya sarankan admin Otai Bersih menurunkan penerbitan beliau dan membuat permohonan maaf kepada Timbalan Menteri KDN, Ketua Polis KL dan IPD Dang Wangi serta warga PDRM amnya.

Jangan kata saya tidak memberi nasihat. 

Sebagai penulis kita bebas memberi pandangan atau mengkritik namun janganlah menimbulkan prasangka jahat dan fitnah tanpa bukti sahih.


YY : teruskan kerja bussku Azis Jaman untuk rakyat dan kebaikan negara.


#PAU2019 : TEKS UCAPAN NURUL AMAL, NAIB KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA

$
0
0


TEKS UCAPAN SAUDARI NURUL AMAL BINTI DATO’ MOHAMAD FAUZI, NAIB KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA SEMPENA SESI PENANGGUHAN PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA 2019.

Bismillah Nirahman Nirahim.

Assalammualaikum WBT,Salam Perjuangan buat semua.

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia,   
  
Yang Berbahagia Dato Zahida Zarikh Khan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, 

Yang Berhormat dan Yang Berbahgia Wakil Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Barisan Pegawai,Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri-Negeri

Para perwakilan yang saya kasihi, Dif-Dif jemputan, para pemerhati, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah S.W.T.


Suka saya memulakan ucapan saya ini untuk mengajak seluruh dewan memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan segala izinNya kita Pergerakan Puteri UMNO yang bergelar Puteri Pembangkang dapat bersidang,berkongsi idea dan pandangan hingga ke petang ini dengan lancar dan baik untuk tahun kedua. 

Sesungguhnya jika tahun lalu kita hadir dalam hati yang gundah,
setelah kalah pada 09 Mei 2018, TETAPI
tahun ini kita hadir sebagai pejuang yang telah jitu dan padu semangatnya setelah kita mendapat  isyarat rakyat di Cameron Highland, Semenyih, Rantau dan Tg Piai.

Kemenangan yang kita perolehi adalah pengorbanan daripada semua pihak, tidak kira wang ringgit mahupun masa untuk bersama sama dengan rakyat untuk menolak PAKATAN HARAPAN.
Kekalahan kita tidak sesekali menjadi asbab kita direndahkan, diperkotak-katikkan. 

Seperti bait syair Mutanabi:

Orang yang berakal menjadikan seksa, sebagai nikmat menjadi hebat. Lantaran orang bodoh,  menjadi rendah dan lemah dalam nikmat terbanyak.

Benar sejarah tidak pernah menipu bahawa UMNO adalah parti yang paling berjasa. Tetapi kegilaan yang menyebabkan kita lupa dan alpa ,adalah merasa kagum terhadap diri sendiri. Bongkak dengan apa yang kita ada sehingga kita lupa menyelidiki kelemahan diri sendiri.


Sahabat Perwakilan Puteri sekalian,

Hari ini 5 Disember 2019 kita bersidang. Angka 5 ini sebenarnya banyak maknanya. Manusia mempunyai 5 deria iaitu melihat, mendengar, merasa, menghidu, dan sentuhan, untuk membentuk satu persepsi.

Dalam konteks agama ,Kita mempunyai 5 Rukun Islam.

Dan Tahukah sahabat semua surah ke-5 dalam Al-Quran surah Al-Maidah merupakan surah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang menunggang unta, dan baginda hampir rebah kerana 120 ayat surah Al- Maidah sangat berat. 

Tetapi dengan kekuatan dan semangat baginda, baginda tetap teguh….
 Kerana baginda adalah pesuruh Allah yang membawa utusan ayat-ayat Allah buat umat manusia. 

BEGITULAH KITA, 5 haribulan ini kita berkumpul atas kerana tanggungjawab kepada bangsa, agama dan Negara.

Seberapa sakit dan perit pun dugaan yang kita hadapi semangat dan jiwa tetap harus kuat. Walau terkadang kita mahu berputus asa, dengan segala dugaan yang hadir, 
kita tetap harus bangkit dan kembali menyusun langkah perjuangan.

Sidang Perwakilan Sekalian,

Hari ini kita boleh bergembira dengan kemenangan yang kita perolehi. Tapi jangan sesekali kita leka dan lupa rakyat sedang memerhatikan kita, 
rakyat sedang menilai gerak geri kita, 
rakyat sedang menggunakan kuasa mereka
Rakyat boleh memilih pakatan harapan pada PRU yang lalu, 
dan rakyat boleh memilih dan percaya kepada kita walaupun kita bukan lagi memerintah. 
Jika kita tergelincir daripada kehendak rakyat, tidak mustahil kita akan di tolak kembali. 



5 Disember saya gagaskan 5 perkara,buat seluruh perwakilan.
Pertama PRINSIP.

Prinsip perjuangan kita semua demi agama, bangsa dan negara. Jangan sesekali kita gadaikan prinsip dan lupa kepada kuasa rakyat.

Kedua PASAK.

Pasakkan dalam jiwa untuk kita ambil kembali Putrajaya dan kembali memegang tampok kuasa Negara.

Ketiga PEKA.

Sentiasa peka terhadap sekeliling kita, segala isu agar kita tidak jadi pemimpin yang terpinga-pinga.

Keempat PROGRESIF. 

Gagasan progresif Puteri bukan sekadar sembang kosong atas angin. Malah, pendekatan progresif kita adalah sesuatu membuahkan perubahan sebenar di akar umbi.

Kelima PROAKTIF.

Puteri harus merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian.

Contoh PRU awal dan PRK yg tak diduga
PRINSIP, PASAK, PEKA, PROGRESIF DAN PROAKTIF
Sama samalah kita sematkan di dalam hati sebagai pejuang puteri di kala pembangkang.

Sahabat Perwakilan Puteri sekalian,

Dalam kita mahu memastikan kestabilan parti, kita harus mencari jalan supaya rakyat CINTAKAN KITA, SAYANGI KITA, KENALI KITA, DAN PERCAYA KEPADA KITA dan mengharapkan kita untuk membela mereka.

Kita harus kembali kepada asas perpaduan iaitu sikap dan semangat setia kawan, dia kala kita berada di zaman UMNO memerlukan kita.

Terkadang merenung jauh, menangis di dalam dada, menahan kesakitan, tak sanggup melihat derita yang di perlakukan PH kepada rakyat. Betoll??

Ramai yang kehilangan kerja. Betol??

Ramai yang susah dengan kos sara hidup. Betoll??

Ramai yang merungut nasib mereka tidak di bela. Betoll??

Ramai yang menangis kerana suara mereka tidak di endahkan. Betoll?

Dan ramai mahasiswa menderita di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Betol??

Di kala inilah mereka memerlukan kita untuk menjadi suara untuk menongkah kezaliman PAKATAN HARAPAN. Dikala inilah juga semangat setia kawan di peringkat bahagian di perlukan. Buang sikap suka menyalahkan, buang sikap suka meletakkan beban, sebaliknya kita memikul beban bersama sama demi melihat parti di julang semula.

Kita tidak sanggup melihat PH menukar sejarah kita, kita tidak sanggup membiarkan nenek moyang kita menangis kerana PERJUANGAN MEREKA TIDAK DI SAMBUNG.

JANGAN KITA BENCI KAWAN KERANA MUSUH, DAN JANGAN KITA PERCAYA MUSUH DAN KITA HILANG KAWAN.

Pergerakan Puteri UMNO akan terus dengan peranannya. 
Tetap bersatu hati menjadi benteng parti.
Tetap berdiri gagah menongkah cabaran.
Tetap lasak menangkis serangan.





Sahabat Perwakilan sekalian,
Ingat sahabat semua, kulit tak menggambarkan isi, nama tak menggambarkan inti. 
Dengan tawadhuk, kita mengaku perjuangan kita bukan pada nama, tapi amalannya. 
Kita akan tentang habis-habisan, ancaman kepada kesucian aqidah Islam. Rakyat rindukan keharmonian dan kemajmukan dalam Negara. Kita akan transformasikan politik persepsi kepada politik menilai dan mengkaji. 
Perjuangan kita hari ini memerlukan 
KEKUATAN SEMANGAT, KEBERANIAN JIWA, RELA BERKORBAN DAN SEDIA MENANGGUNG BEBAN. 

LA TAKHOF WA LA TAHZAN, INNALLA’HAMA ’ANA.
JANGANLAH KAMU TAKUTDAN JANGANLAH KAMU BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH ADA BERSAMA KITA.

Akhir kata, semoga Allah memberi kekuatan luar biasa kepada kita semua menghadapi liku perjuangan ini. Semoga Allah sentiasa menyatukan hati kita semua,dihindarkan kita semua dari segala hasad dengki dan perpecahan sesama kita. Atas segala usaha, kepada Allah juga kita serahkan segalanya.

PANTUN : ( MEMINJAM DARI YB DATO WIRA HAJI JAZLAN )
Kasih ibu sampai ke syurga
Kasih bapa begitu jua
Di kala menang kita bangga
Di kala kalah kita setia

Sekian wa billahitawfiqwalhidayah, assalam.

Viewing all 72 articles
Browse latest View live