Quantcast
Channel: Double - Y
Viewing all 72 articles
Browse latest View live

DS @NajibRazak Ucap Takziah Buat Keluarga Koporal Rajah Jamuan - ESSCOM Gagal?

$
0
0

DS Najib Tun Razak menerusi laman Twitter menyampaikan ucapan takziah buat keluarga Koporal Rajah Jamuan yang terkorban dalam serangan hendap lapan lelaki bersenjata berat di sebuah pusat peranginan yang terletak di Pulau Mabul, Sabah malam tadi.



Berita ini pencerobohan ke atas Sabah mengejutkan kita semua, berdasarkan rekod kali terakhir perairan Sabah diceroboh adalah pada November 2013 di mana seorang pelancong Taiwan, Lim Min Hsu, 57 bersama isteri diculik di Pulau Pom Pom, Sampoerna oleh kumpulan bersenjata yang dipercayai ada rangkaian dengan Abu Sayyaf.


Serangan hendap malam tadi menimbulkan persoalan bagaimana di sebalik kawalan ketat oleh ESSCOM, Polis Marin, Agensi Maritim dan ATM lapan lelaki berpakaian ala tentera berjaya melepasi perairan Sabah dan melakukan serangan hendap sehingga mengorbankan seorang anggota polis kita?

Adakah ESSCOM tidak efektif walaupun telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi memantapkan operasi keselamatan di perairan Sabah selain melalui pengstrukturan semula?





Atau ada kemungkinan penglibatan orang yang memudahkan penceroboh melepasi kawalan pihak keselamatan di perairan Sabah sebagaimana diperkatakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika isu penculikan melibatkan warga China sekitar April yang lalu?


Persoalannya siapa harus dipertanggungjawabkan memandangkan ini kali ketiga pencerobohan berlaku ke atas perairan Sabah?

Arios...!


Sokongan Pemimpin PR - Hadiah Ulang Tahun Kelahiran @NajibRazak ke-61

$
0
0

Setiap musibah yang melanda, ada hikmah di sebaliknya.

Hari ini rakyat Malaysia dapat melihat pemimpin pembangkang menyokong serta memberikan pujian kepada DS Najib Razak dan kerajaan atas kejayaan berunding dengan ketua kumpulan pemisah sehingga berjaya mendapatkan semula kotak hitam dan membawa pulang mangsa yang terkorban untuk disemadikan di tanah air.

Malah negara luar turut memuji kejayaan rundingan yang dibuat oleh DS Najib Razak selain tindakan tidak berpihak yang diambil negara.


Selepas tujuh hari tragedi pesawat MH17 yang mengorbankan semua penumpang serta anak kapal, persidangan khas Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mengutuk sekerasnya tindakan menembak jatuh pesawat milik MAS.



Semoga persetujuan dan sokongan dari pembangkang kepada DS Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini memberi sedikit keceriaan buat DS Najib Razak sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke 61.


Selamat Hari Lahir DS Najib Razak...

#BN4N01 #PengkalanKubor : Video Exco Kelantan YB Nasaruddin Daud Menghasut & Fitnah Kerajaan!

$
0
0


Rakaman ceramah di UPU Kampung Simpangan oleh ADUN PAS Meranti, YB Nasaruddin Daud yang memfitnah kerajaan membayar royalti kepada kerajaan Thailand serta bersubahat bersama kerajaan Thailand dalam insiden Tak Bai.


Kata-kata Nasaruddin Daud berbaur hasutan berbunyi ;
“Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok, kita dah sedia dah tempat, kita reserve untuk pendaratan gas di Pantai Senok, dia (Kerajaan Malaysia) buat perjanjian dengan Thailand, dia bawak pergi ke Pantai Cenok di Songkhla. Cenok ini tempat orang Melayu jugak, tempat orang Islam jugak. 
Bawa naik ke Cenok, bayar royalti kepada Kerajaan Siam, Kerajaan Thailand yang membunuh orang Islam di Takbai, sebelah situ. Ini zalim, kita tidak boleh sokong kezaliman...” 
Mengikut undang-undang kenyataan yang dibuat oleh YB Nasaruddin Daud jelas mempunyai kecenderungan menghasut dan mendatangkan kebencian terhadap kerajaan.


Petikan laporan Mstar :
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung satu ceramahnya yang didakwa berbaur hasutan. 
Ketua pergerakan itu Akbar Salim berkata ceramah tersebut disampaikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Ahad lepas.   
Menurut Akbar ceramah Mohd Nasaruddin itu di Kampung Simpangan mempunyai unsur fitnah apabila mendakwa kononnya kerajaan pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kepada kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla.   
Kenyataan itu disifatkan amat berbahaya dan boleh menimbulkan huru-hara dikalangan umat Islam dan kebencian rakyat terhadap kerajaan Persekutuan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Kubor.     
Mohd Nasaruddin adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Dakwah, Penerangan dah Hubungan Serantau Negeri.   
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan ACP Dahlan Mohd Noor mengesahkan ada menerima laporan tersebut.

Penduduk Gantung Sepanduk Desak MB Kelantan Beri Penjelasan Projek Bandar Baru #PengkalanKubur

$
0
0

Sebaik saja PAS merampas Kelantan daripada BN pada tahun 1990, PAS mendakwa mereka berjaya membawa berbillion pelaburan masuk ke Kelantan.

Antara pelaburan terbesar adalah pembinaan projek mega Bandar Baru Pengkalan Kubor yang dijanjikan pada tahun 1993 bernilai RM2.3 billion namun dibatalkan secara tiba-tiba pada tahun 2002.

Sempena PRK Pengkalan Kubor beberapa hari lepas saya bangkitkan semula janji yang dibuat PAS lebih 18 tahun lalu di laman Facebook rujuk [SINI] dan [SINI]

Difahamkan beberapa sepanduk yang bertanyakan mengenai projek tersebut dinaikkan sekitar Pengkalan Kubor lewat malam kelmarin.


Rakyat Pengkalan Kubor berhak menyuarakan perkara ini memandangkan projek tersebut diumumkan sendiri oleh Datuk Ahmad Yaakob semasa menjawab sidang DUN pada 26 Oktober 1996.


Lagu khas untuk MB Kelantan - rakyat kampung dok tanya pembangune.. haha!



#SwitchOff14 : Jurey Latiff Rosli 'Jual' Warga Kerja Industri TV Untuk Agenda Peribadi?

$
0
0

Jurey Latiff Rosli bukan satu nama yang asing di kalangan penerbit serta mereka yang terlibat dengan industri televisyen di Malaysia. 

Bermodalkan jawatan sebagai presiden serta pengerusi (lantikan sendiri) di dalam beberapa badan membabitkan industri televisyen seperti Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Creative Content Industry Guild (CCIG) Malaysia.

Sebut pasal saudara Jurey Latiff, antara kontroversi melibatkan dia adalah kes saman TV3 berjumlah RM10 juta sekitar 1998 ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai 2013 selepas hakim mendapati rancangan Melodi tidak memfitnah.

Tetapi sebagai pembuka bicara saya bukan mahu menceritakan perihal Jurey dengan TV3 sebaliknya saya ingin mendedahkan serta membongkar rancangan perhimpunan Switch Off 14 - Rancangan Tergendala yang didalangi oleh Jurey Latiff.


Switch Off 14 - Rancangan Tergendala merupakan piket yang dirancang Jurey - jika diteliti matlamat serta 11 tuntutan yang dibuat Jurey berjaya menutup matlamat sebenar beliau.

Hahaha...

Kononnya supaya industri TV di Malaysia lebih efisyen, efektif, adil selain mahu menyelesaikan segala isu yang merantai industri TV sejak 20 tahun yang lalu. Switch Off 14 juga digerakkan bertujuan menyampaikan suara industri secara diplomasi.

Sejak bila piket atau perhimpunan dianggap sebagai langkah diplomasi?

Apakah Jurey Latiff seorang produser yang teraniaya sejak 20 tahun yang lalu?

Adakah Jurey Latiff berjaya menjalankan tanggungjawab dia sebagai Presiden GAFIM walaupun kerajaan memperuntukkan berjuta kepada gabungan yang diterajui olehnya?

Beberapa pembongkaran akan dilakukan selepas ini bertujuan untuk membuktikan siapakah Jurey Latiff selain mendedakah matlamat sebenar Jurey Latiff perhimpunan di sebalik Switch Off 14.

Kepada penggiat industri TV di Malaysia, jangan betulkan broadband anda kerana blog ini akan membongkar satu persatu berserta dengan bukti.

Bersambung...

Jeng...jeng...jeng!




Peguam @PPIM4U Jemput Client Wanita Melancong - Dakwaan Blogger Sangkakalajari9 Jauh Melencong!

$
0
0

Semalam kebetulan saya bertemu dengan Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan ketika menyertai operasi 'Ops BAH' yang digerakkan oleh DBKL bagi membanteras premis perjudian haram, rumah urut, penagihan dadah serta aktiviti maksiat sekitar KL.

Dalam pertemuan itu, Dato Nadzim mengambil kesempatan bertanyakan mengenai artikel yang disiarkan di blog Sangkakalajari9 berhubung dakwaan peguam PPIM mempelawa golongan ibu tunggal melancong serta pakej membeli belah bertujuan memuaskan nafsu peribadi.

Menurut Dato Nadzim, dakwaan penulis tersebut tidak tepat kerana Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak pernah melantik peguam yang dimaksudkan sebagai penasihat perundangan untuk persatuan mereka.

Peguam bernama 'Z' merupakan peguam bertangungjawab mengendalikan kes yang dihadapi Dato Nadzim Johan selain kes tuduhan culik yang dikenakan oleh AG ke atas empat pemuda.

Selaku Ketua Aktivis PPIM, beliau menyatakan rasa terkilan dengan tuduhan tersebut, selain tidak berasas tindakan mengaitkan nama PPIM dengan sikap seseorang boleh menjejaskan imej PPIM di kalangan pengguna-pengguna Islam.


Bila membaca keseluruhan artikel yang ditulis, saya berpendapat blogger Sangkakalajari9 terlalu ghairah untuk menulis hingga gagal menyelidik maklumat yang diberikan sama ada betul atau sebaliknya. 

Bagi saya jika blogger Sangkakalajari9 berniat untuk memburukkan imej peguam berkenaan, tindakan mengaitkan seorang individu dengan sebuah persatuan adalah satu langkah yang kurang cerdik. 

Saya tidak mahu mengesahkan atau menafikan perbualan Sangkakalajari9 dengan wanita yang dimaksudkan sebagai pemberi maklumat.

Tetapi menurut rakan mengenali peguam bernama 'Z', beliau dikenali sebagai orang yang baik serta suka membantu orang dalam kesusahan. 

Malah beliau tidak mengenakan bayaran tinggi atas khidmat guaman yang diberikan selain memberikan khidmat guaman percuma terhadap pihak yang memerlukan.

Niat blogger Sangkakalajari9 dilihat baik kerana mahu membantu selesaikan masalah wanita tersebut, tetapi sebagai penulis blog kita harus bertanggungjawab dalam setiap tulisan kita kerana ia memberi kesan kepada orang lain.

Justeru sebelum menulis, adalah lebih baik setiap maklumat yang disampaikan diteliti, lebih baik jika dapatkan penjelasan kedua-dua pihak sebelum membuat sebarang konklusi tidaklah kita dilihat seperti membuat tuduhan membabi-buta sekaligus memalukan diri sendiri.

Akhir sekali, kalau dakwaan membabitkan peguam tersebut benar sekalipun, ia adalah isu melibatkan peribadi yang langsung tiada kena mengena dengan sebuah persatuan.

Arioss..!

YY : Hello! Dato Nadzim taknak jemput ambo membebel di radio kor? hahaha...

#PAU2014 : Teks Penuh Ucapan TS Muhyiddin Yassin

$
0
0
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera.

Saudara-saudari sidang perwakilan, dif-dif jemputan dan para pemerhati sekalian

1.Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w., malam ini saya dan saudara-saudari semua yang mewakili Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dari seluruh pelusuk negara, dapat sekali lagi berhimpun di Dewan Merdeka ini untuk mempertegaskan matlamat perjuangan parti kita, memperkukuhkan perpaduan dan merencana masa depan bangsa Melayu. Saya mengucapkan terima kasih kepada wanita, pemuda dan puteri UMNO kerana terus istiqamah berada dalam saf perjuangan parti kita.

Hebatnya Hang Tuah sehingga kini,
Kisahnya menjadi bualan zaman,
Jiwa pejuang takkan terhenti,
Selagi nyawa di kandung badan.

SEJARAH PERJUANGAN UMNO

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

2.Parti kita UMNO telah mencapai usia 68 tahun. Telah banyak ranjau yang kita lalui dalam pelbagai keadaan, pelbagai cabaran dan pelbagai zaman. Kita telah melalui pasang surut asakan terhadap perjuangan kita. Alhamdulillah, walaupun kita diasak dan diterjah dengan pelbagai dugaan, Allah masih memberikan kemenangan kepada UMNO. Allah masih mentakdirkan UMNO memikul amanah kuasa pemerintahan ini. Namun, jangan kita lupa, jangan kita alpa. Allah juga menggilirkan kemenangan antara sesama manusia sebagai pengajaran kepada kita semua. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran Ayat 140:

إِن يَمۡسَسۡكُمۡ قَرۡحٌ۬ فَقَدۡ مَسَّ ٱلۡقَوۡمَ قَرۡحٌ۬ مِّثۡلُهُ ۥ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَيَّامُنُدَاوِلُهَا بَيۡنَ ٱلنَّاسِ وَلِيَعۡلَمَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَيَتَّخِذَ مِنكُمۡشُہَدَآءَ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Yang bermaksud:

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar) dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

3.Inilah sunnatullah. Allah s.w.t. menggilirkan kemenangan dan kekalahan sesama manusia. Hatta antara kaum muslimin dan musyrikin pun, Allah menggilirkan kemenangan dan kekalahan sebagai peringatan kepada orang-orang yang beriman. Maka, dalam konteks UMNO, kemenangan yang kita perolehi dalam mana-mana pilihanraya tidak boleh menjadikan kita angkuh, sombong dan selesa. Cabaran terhadap perjuangan kita masih hebat, jalan yang perlu kita lalui masih berliku, ranjau di hadapan kita masih berduri. Maka, dalam perhimpunan kali ini, saya ingin mengajak saudara dan saudari supaya ikhlas dan jujur dengan diri kita sendiri. Kaji adakah parti kita berada dalam keadaan yang selamat? Adakah parti kita disenangi oleh sebahagian besar rakyat? Adakah parti kita bakal beroleh kemenangan dalam pilihanraya akan datang?

4.Saudara-saudari, jika kita himbau kembali sejarah penubuhan UMNO dalam konteks dunia pada waktu itu, UMNO berada di tengah-tengah kancah pertembungan antara fahaman nasionalis, fahaman komunis dan fahaman sosialis. Namun, UMNO berjaya membina identiti perjuangannya sendiri di atas semangat kebangsaan Melayu yang berteraskan Islam. Pada ketika itu juga, nasionalisme merupakan ideologi utama yang menggerakkan parti-parti politik di negara-negara tanah jajahan bangkit menentang penjajah. Alhamdulillah, berkat perjuangan UMNO, negara kita berjaya mencapai kemerdekaan.

5.Pada masa yang sama, sebagai sebuah parti yang toleran dan sederhana, UMNO berjaya merintis kerjasama dengan parti-parti yang mewakili kaum-kaum lain di negara kita untuk membina sebuah negara bangsa. Sebagai kerajaan pula, parti kita UMNO menerusi Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah berjaya mengekalkan kestabilan politik dan memacu kemajuan ekonomi dengan cara kita sendiri. Sehingga beberapa dekad yang lalu, UMNO adalah sinonim dengan sebuah ceritera kejayaan; ceritera sebuah negara yang aman dan stabil di sebalik kepelbagaian kaum dan agama. Hasil perjuangan UMNO, negara kita telah berganjak daripada sebuah negara miskin sewaktu merdeka kepada negara industri yang insya-Allah akan menjadi negara maju dalam beberapa tahun lagi di bawah gagasan besar Wawasan 2020.

CABARAN PERUBAHAN ZAMAN

6.Namun, suasana politik hari ini sudah banyak berubah. Di seluruh dunia, nasionalisme bukan lagi ideologi utama. Malah, banyak parti nasionalis yang memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing telah berkubur. Selepas era perang dingin, liberalisme telah muncul sebagai ideologi yang dominan di seluruh dunia. Di bawah lembayung ideologi baharu ini, idea-idea Barat mengenai demokrasi, kebebasan dan kesamarataan tersebar secara meluas, termasuk di negara-negara Asia. Sama ada kita sedar atau tidak, kebangkitan gerakan demokrasi liberal dan masyarakat sivil yang memperjuangkan kebebasan dan kesamarataan mengikut neraca Barat telah memberi kesan yang besar kepada perjuangan UMNO.

Memperteguh Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera

7.Hari ini, banyak pertubuhan dan individu yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mempersoalkan hak keistimewaan Melayu, kedudukan istimewa agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu dan lain-lain lagi yang merupakan teras perjuangan UMNO. Apabila UMNO bersuara membela kepentingan Melayu, mereka kata UMNO rasis. Tetapi apabila kaum-kaum lain bangkit memperjuangkan hak kaum masing-masing, itu dikatakan hak kumpulan minoriti dalam sebuah negara demokrasi. Sama juga, apabila UMNO bangkit mempertahankan kedudukan Islam, UMNO dikatakan ekstrem, walhal Islam adalah Agama Persekutuan. Tetapi apabila kepentingan kumpulan agama lain diperjuangkan, itu dikatakan hak kebebasan beragama. Hari ini, perkara-perkara penting yang termaktub di dalam perlembagaan yang melindungi hak semua kaum secara saksama semakin dipersoalkan.

8.Suara kumpulan penentang ini semakin lantang sehingga kedengaran di forum-forum antarabangsa. Mereka menuduh UMNO mengamalkan diskriminasi dan zalim terhadap rakyat. Ini amat pelik bagi saya. UMNO yang dahulunya berjuang bermati-matian untuk membebaskan rakyat daripada cengkaman penjajah; UMNO yang memperjuangkan keadilan sosial; UMNO yang mempelopori politik kesederhanaan; hari ini, dalam zaman kebebasan ini, UMNO dituduh sebagai parti yang zalim, parti yang menindas, parti yang menjajah rakyat. Pendek kata, segala yang buruk dan keji itu adalah UMNO. Seolah-olah tiada setitik pun jasa UMNO kepada negara. Kebaikan yang ditabur ditutupi oleh debu-debu pembohongan, fitnah dan propaganda jahat. Demikianlah zaman telah berubah, pola fikir masyarakat telah berubah, cabaran kepada UMNO juga berubah.

Agenda Ekonomi Bumiputera dan Merapatkan Jurang Ketidaksaksamaan Adalah Agenda Nasional

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

9.Perubahan juga berlaku dalam bidang ekonomi. Dahulu, pembangunan negara kita digembeleng oleh kerajaan. Kuasa kerajaan membolehkan kita melaksanakan program penstrukturan semula masyarakat menerusi Dasar Ekonomi Baru. Melalui dasar ini juga kita telah berjaya mengeluarkan masyarakat daripada belenggu kemiskinan dan menangani penguasaan ekuiti asing dalam ekonomi negara. Kita juga menetapkan sasaran pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus sekurang-kurangnya, dan penyertaan Bumiputera digalakkan dalam setiap sektor ekonomi. Dasar ini dibentuk agar ekonomi berkembang dan pengagihan berlaku secara adil dan saksama. Atas sifat bertimbang rasa dan semangat supaya kek ekonomi dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia, orang Melayu dan UMNO pada waktu itu tidak bersifat keterlaluan untuk meminta lebih daripada 30 peratus.

10. Walaupun sasaran pemilikan ekuiti Bumiputera tidak tercapai, namun Alhamdulillah, DEB telah berjaya mengagihkan kekayaan negara kita secara lebih saksama serta meningkatkan pendapatan kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera. Tuduhan bahawa DEB kononnya satu dasar keterbelakang, menyekat pelaburan, menyebabkan brain drain dan hanya menguntungkan segelintir pihak yang ada kabel politik adalah tidak benar. Bagi saya, tuduhan meleset ini hanya dicipta oleh mereka yang sarat dengan kebencian. Banyak kajian ilmiah yang menunjukkan bahawa semua kaum mendapat manfaat daripada pelaksanaan DEB. Ini termasuk kajian mutakhir Dr Muhammed Abdul Khalid yang diterbitkan di dalam bukunya the Color of Inequality yang membuktikan bahawa DEB telah memberi manfaat kepada semua kaum dari segi pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan, pemilikan ekuiti dan lain-lain. DEB telah mencapai sebahagian matlamat pengagihan ekonomi dan menyamaratakan peluang. Namun, masalah ketirisan memberikan kesan negatif kepada pencapaian matlamat asal DEB yang disasarkan oleh kepimpinan UMNO terdahulu.

11. Namun begitu, 24 tahun selepas pelaksanaan DEB berakhir, kita kembali mendengar keluh kesah dan gundah-gulana masyarakat Melayu. Dalam era pasca DEB, data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2013 menunjukkan bahawa jurang ekonomi antara kaum masih wujud. Misalnya, median pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera sebanyak RM3,282 masih rendah berbanding kaum Cina, iaitu RM4,643 dan kaum India sebanyak RM3,676. Dalam kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah, 75.5% adalah Bumiputera. Pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera juga masih jauh lebih rendah berbanding kaum-kaum lain. Hanya 36.3% transaksi bangunan hartanah kediaman melibatkan Bumiputera. Pemilikan hartanah bangunan industri dan perdagangan Bumiputera juga rendah iaitu 2.37% bagi hartanah industri dan 7.85% bagi hartanah perdagangan.

12. Begitu juga, satu kebenaran yang pahit untuk kita akui ialah kaum Bumiputera masih menerima layanan yang tidak saksama dalam sektor swasta. Kajian yang dilakukan oleh Dr Lee Hwok Aun dan Dr. Muhammed Abdul Khalid pada tahun 2012 mendapati bahawa bagi setiap seorang graduan Melayu yang dipanggil temu duga dalam sektor swasta, secara puratanya 5.3 graduan Cina ditemu duga, walaupun mereka mempunyai kelulusan yang sama. Data rasmi juga menunjukkan kadar pengangguran adalah tertinggi dalam kalangan tenaga kerja Bumiputera iaitu 70.3%, termasuk graduan menganggur sebanyak 66.9%. Kita juga sering mendengar keluhan pekerja Bumiputera yang menerima gaji lebih rendah berbanding kaum-kaum lain dalam sektor swasta. Pakar ekonomi Just Faaland, J.R Parkinson dan Rais Saniman membuktikan dalam buku mereka Growth and Ethnic Inequality: Malaysia’s New Economic Policy, bahawa pekerja Bumiputera menerima gaji 20 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding bukan Bumiputera.

13. Secara umumnya, kedudukan ekonomi orang Melayu hari ini masih meruncing. Ketidaksaksamaan dalam masyarakat agak menggerunkan kita. Pada masa yang sama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam meneruskan agenda ekonomi Melayu. Kita bersaing dalam ekonomi yang lebih terbuka. Kita berhadapan dengan fahaman kesamarataan yang menentang sebarang pelaksanaan agenda Melayu. Menerusi pelbagai instrumen perjanjian perdagangan bebas antarabangsa, negara kita didesak supaya jangan lagi mengamalkan dasar untuk melindungi kepentingan kaum Bumiputera. Kononnya, dasar seperti ini merupakan penghalang kepada pembangunan ekonomi dan merencatkan pasaran. Padahal, dasar ini pernah digunakan oleh negara maju lebih setengah abad sebelum mereka mencapai tahap negara maju.

14.Kita sebenarnya sedang menongkah arus kapitalisme global dan ideologi pasaran bebas yang semakin melebarkan jurang ketidaksaksamaan. Seperti yang diakui oleh pemenang hadiah nobel ekonomi Joseph Stiglitz dalam bukunya The Price of Inequality, dasar ekonomi yang berasaskan teori dan ideologi yang salah telah memburukkan keadaan ketidaksaksamaan dalam masyarakat di seluruh dunia, termasuk di Eropah dan Amerika Syarikat.

14. Saya fikir sudah sampai masanya kita menilai kembali model ekonomi negara kita. Ya, benar pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 6.3% adalah antara yang tertinggi di Asia; nilai pelaburan langsung asing sebanyak RM216.5 bilion pada tahun 2013 adalah antara yang terbaik dalam sejarah; kedudukan Malaysia dalam Laporan Dayasaing Global 2014 meningkat daripada nombor 24 ke nombor 20 daripada 148 buah negara. Semua ini menunjukkan bahawa pencapaian ekonomi negara kita amat memberangsangkan dan kita berada pada landasan yang betul untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

15. Tetapi di sebalik semua pencapaian ini, Yang Amat Berhormat Presiden dan saya selaku Timbalan sering memikirkan adakah kita boleh memejamkan mata dan memekakkan telinga dengan tidak berbuat apa-apa jika kaum Bumiputera yang merupakan 67.4% daripada rakyat negara kita masih berada dalam kumpulan berpendapatan rendah; jika 4 juta daripada 6.5 juta pekerja yang mencarum dalam KWSP di negara kita berpendapatan kurang RM2,000 sebulan; jika jurang ketidaksaksamaan di negara kita antara yang tertinggi di rantau ini; jika rakyat masih tidak mampu memiliki rumah sendiri.

16.Mengenai isu perumahan, ada ahli UMNO di akar umbi yang mengatakan kepada saya, rumah-rumah yang dibina dengan harga RM400,000 sebenarnya bukan rumah mampu milik, tetapi rumah mampu tengok sahaja. Pandangan ini ada juga kebenarannya. Menurut Kajian Khazanah Research Institute, harga rumah mampu milik yang sewajarnya adalah 3 kali median pendapatan isi rumah, iaitu bagi kumpulan pendapatan isirumah 40% terbawah dengan harga RM70,000 dan kumpulan berpendapatan sederhana pada harga RM160,000 atau pada purata harga RM130,000. Rumah-rumah yang dibina dengan harga yang terlalu mahal, terutamanya di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, sudah tentulah tidak mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

16. Saudara-saudari, persoalannya nanti, ketika negara kita mencapai sasaran Pelan Transformasi Ekonomi dengan nilai GNI RM1.7 trillion, dengan pendapatan perkapita RM48,000, dengan penambahan 3.3 juta pekerja berkemahiran dan RM1.4 trillion pelaburan daripada sektor swasta dan kerajaan, berapakah daripada jumlah sasaran ini akan turun mengalir menjadi milik kaum Bumiputera? Dalam keghairahan kita meletakkan sasaran besar untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, kita juga harus menetapkan sasaran yang jelas untuk kaum Bumiputera dan memastikan kekayaan negara kita dapat diagihkan kepada semua rakyat baik di kota mahupun di desa, di semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, baik kumpulan berpendapatan tinggi mahupun kumpulan pertengahan dan 40% terbawah, semuanya – kulluhum ajma’in - perlu dipastikan mendapat peluang yang adil dan saksama.

17. Saudara-saudari, kita sebenarnya amat memerlukan satu model ekonomi yang benar-benar dapat memastikan pertumbuhan disertai dengan pengagihan yang saksama. Kita tidak boleh membiarkan majoriti rakyat negara kita terpinggir dan tersisih daripada arus kemajuan ekonomi negara. Apatah lagi, ketidaksaksamaan dalam masyarakat kita hari ini bukan lagi merupakan masalah kaum semata-mata, tetapi juga masalah kelas. Kita sedang menghadapi masalah jurang yang besar antara golongan kaya dan golongan miskin, jurang antara etnik dan intra etnik,jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar, jurang antara CEO, pengurusan kanan syarikat dan pekerja bawahan. Semua ini jika dibiarkan berterusan akhirnya akan menjejaskan pencapaian ekonomi negara kita secara keseluruhan.

18. Sebagai mewakili suara orang Melayu dan Bumiputera, saya ingin tegaskan supaya pendekatan, dasar dan strategi yang lebih berkesan untuk merapatkan jurang kaum dan kelas dilaksanakan segera. Kita perlu memberikan tumpuan dan keutamaan kepada program latihan peningkatan kemahiran pekerja Bumiputera, memperbaiki mekanisme subsidi, menangani diskriminasi dalam sektor pekerjaan, memperkemaskan perundangan, pengawalan dan penguatkuasaan terhadap pekerja asing, memperkenalkan dasar mengenai peningkatan dan pengawalan pendapatan pekerja, menambah mekanisme percukaian yang lebih berstruktur (targeted), meningkatkan insentif bagi membantu keluarga menambah kekayaan, menyediakan ekosistem kondusif kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar, menekankan semula pembangunan luar bandar, memperluaskan jaringan keselamatan sosial, dan menyasarkan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan (need-based) khusus untuk kumpulan isi rumah 40% terbawah tanpa mengira kaum. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mempersoalkan tindakan pembetulan ini sebagai agenda perkauman. Ini adalah agenda negara.

19. Oleh itu, kita perlu menjadikan Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional, bukan agenda kaum. Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh YAB Presiden mempunyai peranan penting untuk mengkaji secara terperinci kedudukan ekonomi Bumiputera, merencana hala tuju masa depan ekonomi Bumiputera, termasuk memperkukuhkan instrumen dasar, institusi dan inisiatif memajukan ekonomi Bumiputera. Saya mencadangkan supaya Agenda Bumiputera serta dasar dan strategi merapatkan jurang ekonomi dijadikan teras utama Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan lonjakan terakhir Malaysia untuk menjadi negara maju. Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional tidak boleh dilaksanakan secara picisan atau terpisah daripada kerangka besar ekonomi negara. Ia mesti dilaksanakan secara inklusif, komprehensif dan merentasi semua sektor ekonomi. Saya juga mencadangkan satu Dasar Ekonomi Nasional yang baharu dirangka untuk memacu inisiatif kesaksamaan ke hadapan. Apatah lagi, tanggungjawab merapatkan jurang kaya dan miskin adalah perintah Allah s.w.t. kepada kita sepertimana firman-Nya dalam Surah Al-Nahl, Ayat 71:

وَٱللَّهُ فَضَّلَ بَعۡضَكُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ فِى ٱلرِّزۡقِ‌ۚ فَمَا ٱلَّذِينَفُضِّلُواْ بِرَآدِّى رِزۡقِهِمۡ عَلَىٰ مَا مَلَڪَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَهُمۡ فِيهِ سَوَآءٌ‌ۚأَفَبِنِعۡمَةِ ٱللَّهِ يَجۡحَدُونَ

Yang bermaksud:

“Dan Allah telah melebihkan sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakan-Nya dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?”

Memperkukuhkan Manhaj Wasatiyyah Dalam Menangani Cabaran dan Ancaman Terhadap Islam

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

20.Kita juga sedang menghadapi pelbagai cabaran baharu dalam soal agama. Saban hari saya mendengar keluh kesah orang Melayu yang bimbang dengan kesan faham liberalisme dan sekularisme ke atas aqidah umat Islam. Hari ini kita banyak mendengar kes-kes pelanggaran syariat yang dilakukan atas nama kebebasan dan hak asasi. Penghinaan ke atas umat Islam juga dilakukan secara terbuka. Selain itu, umat Islam juga sedang berhadapan dengan ancaman ekstremisme dan militanisme yang sekiranya tidak dibendung segera akan memberi kesan buruk kepada negara.

21.Apa yang lebih membimbangkan ialah wujudnya trend sekularisasi dalam agama, iaitu agama dilihat dalam neraca ideologi sekular liberal Barat yang tercabut daripada akar Syariat. Trend ini sedang berkembang di seluruh dunia. Misalnya, majalah Economist keluaran bulan Oktober yang lalu memberikan gambaran yang agak mengejutkan mengenai amalan perkahwinan sejenis yang dilarang oleh syariat Islam dan juga oleh agama-agama lain. Menurut majalah ini, dalam tahun 1950-an, perkahwinan sejenis tidak diterima di hampir semua negara di dunia. Namun, dalam tempoh hanya enam dekad, yang disebut sebagai “the leap forward”, hari ini 113 negara atau 63% daripada keseluruhan negara di dunia telah mengiktiraf perkahwinan sejenis atas nama menghormati hak asasi dan kesamarataan.

22.Keadaan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam. Mereka bimbang sekiranya gejala sekularisasi agama ini tidak segera dibendung, maka benteng aqidah dan syariat yang sekian lama dipertahankan oleh umat Islam akan runtuh dirempuh arus liberalisme. Dalam konteks perjuangan UMNO, semua ini merupakan cabaran baharu yang tidak pernah kita lalui sebelum ini. Kalau dahulu kita cuma berhadapan dengan asakan PAS yang cuba membuktikan siapa lebih Islam. Tetapi hari ini kita berada di luar kancah perlumbaan ini. Kita sedang berada dalam dunia pasca-moden yang menganggap agama sebagai penghalang kepada kebebasan manusia. Dalam realiti hari ini, semakin ramai pula pihak yang cuba membuktikan siapa lebih liberal, bukan siapa lebih Islam.

23.Saudara-saudari, UMNO sebagai parti tunjang Melayu-Islam tidak pernah dan tidak akan sesekali meminggirkan agenda memartabatkan Islam daripada dasar perjuangan kita. Ia sudah lama termateri dalam Perlembagaan UMNO sebagaimana peruntukan Fasal 3.3 yang menjelaskan bahawa asas dan tujuan UMNO adalah untuk menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam. Malah sejak 57 tahun kita merdeka, UMNO-lah yang telah banyak membangunkan Islam di negara ini dalam segenap sektor sama ada pendidikan agama, ekonomi dan kewangan Islam, pembangunan sosial, pentadbiran mahupun perundangan Syariah.

24. Pendekatan UMNO sejak dahulu, kini bahkan selamanya berpaksikan kepada orientasi atau manhaj Wasatiyyah. Yang dimaksudkan dengan Wasatiyyah bukanlah pendekatan yang bersifat ‘al-ghuluw wa ttatarruf fiddīn’ iaitu bersifat melampau dan keras dalam pendekatan beragama hingga terjerumus kepada perlakuan yang kaku dan beku, dan terbawa-bawa kepada perlakuan militan yang merosakkan agama. Wasatiyyah juga tidak bersifat ‘al-tasāhul fiddīn’ iaitu memperlonggar dan mempermudahkan agama hingga ke peringkat liberal yang menyesatkan.

25. Sebaliknya pendekatan wasatiyyah yang diamalkan UMNO adalah konsep kecemerlangan dan kesederhanaan umat yang berpaksikan Syariat Islam. Sememangnya maksud wasatiyyah di dalam Islam adalah berlegar sekitar konsep keadilan, kecemerlangan, pilihan terbaik dan perimbangan dalam segala perkara. Boleh dikatakan perkataan-perkataan ini adalah kata kunci dalam memahami konsep wasatiyyah dalam Islam. Pendekatan ini jelas diisyaratkan di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah, Ayat 143:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِوَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

Yang bermaksud:

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang terpilih lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberikan keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)".

26. Sebab itulah saudara-saudari sekalian, sebagai pendokong perjuangan suci ini, kita sebagai pejuang UMNO bermanhaj wasatiyyah harus tegas menentang gejala esktremisme dan militanisme yang ketika ini begitu cepat mempengaruhi anak-anak muda yang mahukan jalan pintas ke syurga. Kita juga tidak akan berkompromi dengan mereka yang cuba memesongkan makna wasatiyyah yang cukup sinonim dengan prinsip kesederhanaan Islam atau moderation dengan membawa ideologi songsang seperti liberalisme dan sekularisme.

27. Kita juga tidak boleh lagi berada dalam khutub khanah lama untuk mencari penyelesaian baharu kepada kemelut yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Kita perlu meneroka ilmu dan kemahiran terkini untuk menangani cabaran semasa. Bagi saya, di sinilah letaknya peri penting tradisi keilmuan di dalam UMNO. Seluruh ahli UMNO perlu menambah khazanah ilmu di dada bagi mendepani cabaran masa kini.

28. Saya fikir budaya membuat laporan polis dan mengangkat sepanduk dalam menghadapi asakan terhadap akidah dan syariat Islam bukan lagi jawapan yang tuntas kepada kemelut yang dihadapi oleh ummah. Kita perlu memperbanyak perbincangan, penerbitan dan wacana mengenai kebebasan dan hak asasi manusia menurut persepektif Islam dan juga bagaimana Islam menghadapi tantangan sekularisme. Kita perlu menangani trend sekularisasi dalam agama ini dengan keteguhan akidah dan ketajaman minda, bukannya diselubungi oleh ketegaran emosi. Di samping itu, institusi-institusi Islam perlu diperkasa, penguatkuasaan undang-undang Islam perlu dipertegas dan kerjasama UMNO dengan NGO-NGO Islam perlu diperkukuh.

Bunga kesidang si bunga tanjung,
Tumbuh di laman mekar berkembang,
Agama dijulang Bangsa dijunjung,
Begitulah UMNO terus berjuang.

Pendidikan Sebagai Wahana Kemajuan dan Perpaduan Nasional

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

29. Kita juga menghadapi cabaran baharu dalam bidang pendidikan. Peranan pendidikan sebagai wahana untuk bangsa Melayu meningkatkan taraf sosio ekonomi menjadi lebih penting. Jika dahulu fokus kita dalam bidang pendidikan ialah untuk meningkatkan kadar enrolmen dan membasmi buta huruf. Hari ini, sasaran dalam bidang pendidikan telah berganjak kepada melahirkan tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini, memiliki kelayakan di peringkat menengah sahaja tidak memadai.

30. Sebagai parti yang memperjuangkan nasib Bumiputera, UMNO perlu memberi perhatian secara lebih serius kepada usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja Bumiputera. Data terkini menunjukkan 64.3% tenaga buruh Bumiputera mempunyai sijil SPM dan ke bawah. Hanya 27.8% berpendidikan tinggi. Keadaan ini tidak memberikan kelebihan kepada kaum Bumiputera untuk bersaing dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif. Oleh itu, kita perlu berani berganjak untuk melihat pendidikan sebagai komponen penting dalam meningkatkan pencapaian Bumiputera. Di samping memberikan fokus kepada pencapaian di peringkat pengajian tinggi, kita juga perlu memberi tumpuan kepada bidang latihan teknikal dan vokasional untuk meningkatkan kemahiran dan daya saing pekerja Bumiputera.

31. Di samping itu, kita jangan lupa peranan pendidikan sebagai wahana perpaduan dan wahana untuk membina identiti nasional. Kerana itu saya sering menegaskan kepentingan kita memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah perpaduan. Jika murid daripada semua kaum dapat belajar di bawah satu bumbung dengan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, maka saya yakin perpaduan di negara kita akan menjadi lebih kukuh. Hari ini, polarisasi kaum masih wujud sebahagiannya kerana politik kebencian yang dimainkan oleh sesetengah pihak. Sensitiviti kaum tidak dipedulikan, institusi Raja dimomokkan, malah wujud cabar mencabar antara agama. Saya percaya, kita boleh mengembalikan kepercayaan antara kaum melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memberi keutamaan kepada perpaduan nasional.

32.bMatlamat ini boleh kita capai jika kita meletakkan asas-asas yang kukuh untuk perpaduan dalam sistem pendidikan kita. Ini termasuklah memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan menjadikan perpaduan nasional sebagai agenda utama semua aliran persekolahan di negara kita, termasuk di sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama rakyat, sekolah swasta dan lain-lain. Jangan lagi ada kisah murid yang tidak tahu berbahasa Melayu, sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita. Jangan lagi ada insiden kenyataan berbaur perkauman dikeluarkan oleh guru atau murid di sekolah. Jangan lagi ada perasaan prejudis kaum dan agama yang tebal dalam kalangan rakyat negara kita. Saya fikir, tempoh 57 tahun merdeka sudah cukup untuk kita hapuskan segala rasa prejudis dan syak wasangka antara kaum. Tinggal lagi, kita semua, baik parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, gerakan pendidikan Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain, perlulah ada keikhlasan, ada kejujuran, dan ada kesungguhan untuk memupuk perpaduan. Jangan kita bercakap mengenai perpaduan, tetapi pada masa yang sama bertindak menebalkan tembok pemisahan kaum.

33. Pada hemat saya juga, dalam semangat untuk mengikis sikap prejudis sesama rakyat, adalah wajar kerajaan mengambil tindakan tegas dalam membendung kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama daripada memercikkan api perbalahan. Adalah lebih baik kita mencegah daripada nantinya terpaksa merawat luka permusuhan yang parah. Kerana itu saya telah menyatakan pendirian saya mengenai Akta Hasutan. Bagi saya, Akta ini wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan. Peruntukan khusus perlu dimasukkan untuk melarang mana-mana pihak daripada mempersoalkan jaminan perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan. Akta ini juga perlu menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing. Begitu juga dengan kedudukan tanah rezab Melayu dan Regimen Askar Melayu DiRaja yang merupakan sebahagian daripada wasiat Raja-Raja Melayu perlu dilindungi daripada perbuatan menghasut. Apa yang penting ialah kita perlu melihat Akta Hasutan bukan sebagai akta yang hanya melindungi kepentingan orang Melayu, tetapi akta yang memelihara perpaduan dan keharmonian nasional.

PERSEPSI ORANG MUDA TERHADAP UMNO

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

34. Hari ini, parti kita sedang menyongsong perubahan. Sebagai parti yang memperjuangkan kemerdekaan, UMNO telah banyak berjasa kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia.Tiada siapa yang boleh menafikan sumbangan UMNO kepada agama, bangsa dan tanah air. Tetapi, survival parti kita pada masa hadapan tidak boleh bergantung semata-mata kepada rekod sumbangan kita pada masa lalu. Rakyat, khususnya orang Melayu, ingin melihat apa sumbangan UMNO kepada mereka dalam mengharungi cabaran masa hadapan yang lebih getir. Untuk itu, kita perlu mempersiapkan UMNO untuk menjadi parti masa hadapan, parti harapan umat Melayu, parti idaman generasi muda Melayu dan parti yang sesuai dengan dinamika politik nasional.

35. Terus terang saya katakan saya agak bimbang melihat perkembangan hari ini. UMNO masih bertahan di kampung-kampung, tetapi semakin hilang sokongan masyarakat bandar yang lebih terbuka, lebih terdedah kepada pelbagai maklumat dan lebih sofistikated dari segi pemikiran, nilai dan cara hidup. Dalam pilihanraya umum yang lalu, UMNO kalah di kebanyakan kawasan bandar majoriti Melayu. Kita kalah di Shah Alam, Ampang, Lembah Pantai, Bangi, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan banyak kawasan lain yang suatu ketika dahulu merupakan kubu kuat UMNO. Kita juga kalah teruk di Selangor yang merupakan negeri termaju di Malaysia.

36. Dalam rangka menyediakan ucapan saya pada malam ini, saya mendapatkan pandangan pemuda dan pemudi Melayu mengenai UMNO. Mereka terdiri daripada graduan muda, golongan profesional, aktivis masyarakat, usahawan dan ahli akademik. Bagi saya, pandangan orang muda terhadap UMNO adalah penting dalam menentukan survival UMNO. Orang muda merupakan pewaris perjuangan parti kita, dan pandangan mereka tentang UMNO akan menentukan jatuh bangunnya UMNO pada masa hadapan.

37. Saya bertanya kepada mereka apa persepsi mereka terhadap UMNO? Apa aspirasi mereka? Apa harapan mereka? Apa kebimbangan mereka? Apa perkara penting yang hendak disampaikan kepada UMNO? Saya minta supaya mereka bercakap secara jujur, ikhlas dan terbuka. Saya ingin tahu apa yang perlu UMNO lakukan supaya anak-anak muda di luar sana ghairah untuk berada bersama-sama kita dalam saf perjuangan UMNO.

38. Izinkan saya berkongsi pandangan mereka dengan saudara dan saudari pada malam ini. Pertama, mereka kata UMNO sedang mengalami trust deficit atau defisit kepercayaan; kedua, UMNO ini parti feudal; ketiga, dalam UMNO ada budaya play safe dan budaya pak turut; keempat, UMNO dikuasai oleh warlord; dan kelima, UMNO diancam oleh budaya ugut dan budaya tabur. Ini kata mereka.

39. Mereka menjelaskan satu persatu kepada saya apa yang mereka maksudkan dengan kelima-lima perkara ini. Mengenai defisit kepercayaan, mereka beritahu saya mereka sebenarnya sokong perjuangan UMNO. Mereka sayang kepada UMNO. Bagi mereka tidak ada parti lain yang boleh diharapkan untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air melainkan UMNO. Cumanya, mereka ingin melihat pemimpin UMNO di setiap peringkat lebih berintegriti, lebih amanah, lebih jujur, lebih telus, tidak terpalit dengan gejala rasuah, tidak menonjolkan kemewahan yang berlebihan, tidak bergaduh sesama sendiri dan sebagainya. Jika ini boleh dilakukan, maka orang muda akan percaya semula kepada UMNO.

40. Mereka juga tidak mahu UMNO terlalu terikat dengan hirerki hingga mewujudkan gambaran parti kita menjadi parti feudal sehingga orang bawah tidak boleh bersuara selagi orang atas tidak bersuara. Sehinggakan hendak beri pandangan pun kena tengok apa orang atas kata. Kalau orang atas kata A, maka yang di bawah mesti kata A. Kalau orang atas kata B, yang di bawah pun mesti kata B.

41. Menurut mereka lagi, orang muda dalam UMNO mempunyai idea-idea yang bernas tetapi merasakan lebih baik diam daripada bercanggah pandangan dengan orang atas. Ada yang kata kalau bercakap lebih sedikit nanti dianggap hendak memandai. Ada pula yang beri nasihat orang muda mesti berhati-hati dalam politik. Jangan terlalu menonjol. Jangan terlalu laju. Nanti kena sekat, nanti kena cantas, kena kerat, kena sabo, kena cah keting, kena terajang dan lain-lain lagi. Jadi, lama-kelamaan mereka fikir lebih baik diam daripada bercakap, atau lebih selamat jadi pak turut saja. Seolahnya ada satu budaya play safe, atau budaya pilih jalan selamat dalam UMNO.

42. Akibatnya, dalam UMNO, lebih ramai orang memilih untuk berdiam diri daripada bercakap. Ini mewujudkan persepsi bahawa parti kita sedang dilanda budaya kelesuan. Akhirnya, orang Melayu dan rakyat tertanya-tanya di mana suara keramat UMNO? Di mana taring Pemuda? Di mana ketegasan Wanita? Di mana kelantangan Puteri? Kesannya, kita seolahnya ketandusan pemimpin untuk menjuarai kepentingan orang Melayu. Sehinggakan timbul cakap-cakap di luar sana yang mengatakan NGO Melayu lebih lantang daripada UMNO dalam memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu.

43. Bagi saya, kita perlu membuktikan bahawa UMNO bukannya sebuah parti yang lesu. UMNO bukannya parti yang mempunyai budaya pak turut, budaya nyanyi, budaya puji, budaya lambung, budaya ampu sana ampu sini. UMNO adalah parti yang berwibawa, parti yang ada idealisme, parti yang ada masa depan, parti pilihan anak-anak muda. Ingatlah, orang muda hari ini tidak suka jadi pak turut. Mereka naik geli dengan budaya ampu. Mereka benci budaya sabo. Mereka tolak budaya cah keting. Jika kita boleh buang semua budaya negatif ini jauh-jauh, saya yakin UMNO akan menjadi parti pilihan orang muda.

44. Satu lagi ialah budaya warlord. Ramai yang beritahu saya dalam UMNO ada banyak warlord. Mereka ini amat berkuasa kerana mempunyai ramai pengikut setia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka. Dengan sokongan pengikut, warlord akan mengugut pemimpin atasan parti untuk berikan apa sahaja yang mereka minta. Jika tak diberi, mereka akan sabo parti dalam pilihan raya.

45. Kita perlu buktikan bahawa warlord bukan sebahagian daripada budaya UMNO. Kita menolak sikap sekalangan yang cuba untuk kekal berkuasa dengan menabur kemewahan kepada pengikut. Sehinggakan ada yang kata tak payah buat kerja dalam UMNO. Yang perlu dibuat ialah kumpul kekayaan untuk tabur kemewahan kepada pengikut supaya mereka sentiasa setia. Keadaan ini menyebabkan kos politik menjadi semakin mahal. Yang tiada wang tidak boleh masuk politik. Walaupun ada bakat, ada kelulusan, ada kebolehan, mereka tak mampu untuk bergerak aktif dalam parti jika tiada wang. Saya bimbang, akhirnya nanti yang naik dalam hirerki parti adalah orang yang ada wang, bukan orang yang ada kebolehan. Orang kata money is everything in politics. No money, no talk. Seolahnya, wang adalah kuasa, wang adalah segala-galanya.

46. Saya kadang kala terfikir adakah sudah tidak ada keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan? Adakah sudah tidak ada nilai pengorbanan dalam politik? Adakah pengikut menilai pemimpin semata-mata berdasarkan kemampuan mereka untuk tabur kemewahan? Adakah pemimpin mengukur kesetiaan pengikut berdasarkan harga yang mereka bayar? Bagi saya, budaya ugut dan tabur ini amat bahaya kepada parti kita. Budaya ini akan menyebabkan politik wang berleluasa di dalam parti. Pengikut yang terima wang akan suka. Mereka puji pemimpin yang boleh beri sesuatu kepada mereka. Tetapi jangan kita lupa. Rakyat di luar sana tak suka politik wang. Mereka curiga bila lihat orang politik hidup mewah. Tak setimpal dengan pendapatan. Apatah lagi jika ada yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan. Rakyat akan mula menuduh bermacam perkara yang tidak baik terhadap parti kita. Inilah punca masalah trust deficit atau defisit kepercayaan terhadap UMNO. Jadi, ingatlah. Apa guna kita naik dalam hirerki parti, tetapi rakyat menolak parti kita kerana mereka tidak suka dengan imej dan sikap kita.

47. Apa yang saya sebutkan ini adalah persepsi dan kritikan orang muda terhadap UMNO. Barangkali ada yang betul, ada juga yang kurang tepat. Tetapi mengambil yang baik daripada kritikan ini adalah lebih afdal. Ini membuktikan bahawa UMNO adalah parti yang terbuka dan kita sentiasa bermuhasabah. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Zumar Ayat 18:

ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُ ۥۤ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَهَدَٮٰهُمُ ٱللَّهُ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
Yang bermaksud:

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

HARAPAN ORANG MUDA TERHADAP UMNO

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

48. Sebenarnya, orang muda dan umat Melayu seluruhnya menaruh harapan yang tinggi kepada UMNO. Mereka tidak menolak perjuangan UMNO. Mereka mahu supaya pemimpin UMNO tegas memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, tetapi pada masa yang sama tidak dilihat terlalu ekstrem perkauman atau terlalu liberal. Mereka percaya bahawa dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum, UMNO perlu bersikap adil terhadap kaum-kaum lain, tetapi tidaklah sampai menggadaikan asas dan prinsip perjuangan UMNO. Pendek kata, orang muda mahu UMNO terus menjadi parti yang sederhana, parti yang berjaya mengekalkan keseimbangan dalam hubungan kaum dan agama. Apa yang penting ialah pemimpin UMNO mesti dilihat lebih ikhlas, lebih jujur, lebih telus, lebih adil dan lebih berwibawa dalam menggalas perjuangan parti.

49. Saya fikir orang muda mempunyai pemikiran yang agak kritis. Apabila ada perkara yang dilihat tidak cocok dengan idealisme mereka, maka mereka akan mengkritik.Tetapi itulah lumrah orang muda. Itulah juga kekuatan orang muda. Mereka yakin dengan idealisme mereka dan berani memperkatakan apa yang mereka fikir benar. Mereka ada courage – iaitu keberanian - dan ada conviction - yakni keyakinan yang teguh dengan apa yang mereka fikirkan benar. Kedua-dua sifat inilah yang menjadikan orang muda ada kewibawaan, ada ketokohan, ada keupayaan untuk memimpin.

50. Jadi, dalam proses untuk melengkapkan perubahan dan peremajaan UMNO, untuk menjadikan UMNO sebagai parti harapan orang muda, parti idaman, parti masa depan, saya mencadangkan 7 langkah pembaharuan yang perlu kita laksanakan segera:

Pertama, UMNO perlu melahirkan pemimpin muda yang berwibawa dan menjadi peneraju pemikiran (opinion leader) di dalam masyarakat. Garap idealisme orang muda. Galakkan budaya berfikir dan bersuara dalam UMNO. Pemimpin muda yang ada idealisme, ada wibawa dan berani bersuara perlu diketengahkan untuk menjuarai isu-isu rakyat, menjadi jurucakap parti, bukan diketepikan oleh parti;

Kedua, UMNO perlu melakukan pencarian bakat. Kita perlu menyediakan platform untuk orang muda daripada golongan profesional, intelektual, agamawan, aktivis sosial dan lain-lain yang diterima oleh masyarakat untuk bergerak aktif dalam UMNO. Paltform ini perlu diwujudkan di peringkat pusat, negeri dan bahagian. Contohnya, mereka yang berbakat boleh dilantik ke unit-unit tertentu di dalam parti dan diberi peranan untuk menyumbang kepada parti. Kita juga perlu ketengahkan mereka yang berbakat dan berkaliber untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Mereka ini tidak semestinya berjawatan tinggi dalam parti. Pengalaman kita dalam pilihanraya kecil Pengkalan Kubor dan Kuala Besut menunjukkan calon yang tidak berjawatan tinggi di peringkat bahagian boleh menang kerana mereka diterima oleh rakyat;

Ketiga, wujudkan modul pengkaderan dan pentarbiyahan yang tersusun untuk melahirkan lebih ramai pemimpin muda UMNO yang bijak, petah dan tangkas berhujjah serta teguh daya rohaninya. Kita perlu membentuk UMNO dengan kalangan ahlinya yang punya kekentalan semangat serta menghayati prinsip dan matlamat perjuangan parti yang sebenar. Beri mereka kekuatan untuk mengolah perjuangan UMNO yang lebih segar dalam konteks cabaran semasa. Jadikan mereka kumpulan pemikir muda di dalam UMNO.

Keempat, semarakkan semangat kesukarelawanan melalui program-program bersama rakyat. Pecahkan tembok pemisah antara parti dan rakyat menerusi kerja-kerja sukarela. Dekati rakyat, dengar rintihan mereka, fahami masalah mereka. Tanya diri kita, berapa ramai daripada kita yang sentiasa mendekati rakyat dan disayangi oleh rakyat. Manfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat, khususnya media sosial, untuk sentiasa mendekati dan memenangi hati golongan muda;

Kelima, wujudkan institusi naziran di dalam UMNO untuk memantau setiap Bahagian dan Cawangan. Satu Jabatan Naziran perlu diwujudkan di dalam UMNO untuk pastikan semua pemimpin di peringkat Majlis Tertinggi, sayap, negeri, bahagian dan akar umbi buat kerja. Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan Majlis Tertinggi mengenai keberkesanan program-program yang dilaksanakan oleh parti;

Keenam, gerakkan revolusi mental yang baharu dalam UMNO dan bangsa Melayu seperti yang pernah digarap oleh Allahyarham Datuk Senu Abdul Rahman. Mungkin kita boleh namakan Revolusi Mental 2.0. Cerna idea, pemikiran dan kaedah baharu untuk menangani cabaran perubahan zaman dalam bidang ekonomi, politik, agama, hubungan kaum, teknologi dan lain-lain. Sepertimana yang diungkapkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dalam pendahuluan buku Revolusi Mental, antara sebab kemunduran bangsa Melayu ialah pemikiran yang terkebelakang yang disebabkan oleh kekurangan ilmu dan cara hidup yang lama. Justeru, UMNO perlu berani menerajui perubahan pemikiran, budaya dan sikap bangsa Melayu untuk menempa kemajuan. Pada masa yang sama, hadapi dengan bijaksana kemunculan pelbagai tantangan yang cuba menggoyahkan prinsip perjuangan UMNO untuk bangsa Melayu sebagai bangsa teras di Malaysia. Yang penting, jadikan prinsip perjuangan UMNO relevan sepanjang masa; dan

Ketujuh, bangkitkan gerakan kesedaran nilai undi dalam kalangan masyarakat Melayu. Gerakan pendaftaran pengundi baharu mesti dibuat dengan lebih bersungguh-sungguh. Jangan buat sambil lewa. Jangan buat sekadar melepas batuk di tangga kata orang. Jangan sampai kegagalan kita menambah bilangan pengundi Melayu menyebabkan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti menjadi golongan minoriti dalam pilihanraya. Sasaran gerakan ini wajib dimulai dengan memastikan semua ahli UMNO yang layak mengundi didaftarkan sebagai pengundi.

MEREKAYASA PERUBAHAN

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

51. Bagi saya, UMNO mesti melakukan perubahan yang drastik jika ingin kekal relevan dengan peredaran masa. Pendekatan dan gerak kerja UMNO hari ini sedang dipintas oleh gerakan yang lebih canggih dan sesuai dengan selera masa kini. Lebih-lebih lagi, jika UMNO ingin menjadi parti masa hadapan, maka citra UMNO mestilah cocok dengan jiwa anak-anak muda Melayu, golongan profesional Melayu dan tidak lupa seluruh generasi muda yang berada di desa mahupun di kota. Mereka adalah pewaris perjuangan parti kita. 

52. Untuk itu, UMNO memerlukan suntikan tenaga muda sama ada di kalangan wanita dan lelaki, yang berkebolehan dan berkelayakan untuk memimpin parti. Orang lama mesti beri laluan kepada orang muda. Lebih-lebih lagi jika kita menjadi liabiliti kepada parti, kita harus segera berundur secara terhormat. Kita telah lama bercakap mengenai peremajaan UMNO, tetapi tanyalah diri kita apakah proses ini benar-benar berlaku di dalam parti.

53. Kita tidak ada banyak masa untuk menunggu perubahan berlaku. Kita perlu merekayasa perubahan. If change does not happen, we have to engineer the change. Justeru pada hemat saya, wajar untuk kita pertimbangkan pemilihan parti dilaksanakan mengikut kehendak Perlembagaan UMNO dan tidak ditangguhkan selepas pilihanraya umum seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Saya juga mencadangkan pindaan Perlembagaan UMNO diadakan tahun hadapan dengan memperuntukkan pindaan yang sesuai untuk membolehkan barisan pelapis muda menyumbang peranan dan khidmat bakti yang lebih besar kepada UMNO. Saya percaya UMNO tidak akan berpecah sekiranya pemilihan diadakan. Pemimpin UMNO tentunya cukup matang untuk menghadapinya. Saya sendiri akan sentiasa berdiri bersama-sama YAB Presiden untuk merealisasikan perubahan dan peremajaan parti kita.

54. Ini adalah seruan terakhir untuk UMNO. Do or be dead! Jangan letak kepentingan diri melebihi kepentingan parti. Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan pemimpin UMNO di semua peringkat, jika kita menjadi batu penghalang kepada peremajaan parti, maka kita mesti berundur secara terhormat. Parti kita mesti kekal relevan supaya bangsa Melayu terus terbela. Diri kita tidak penting. Yang penting ialah bangsa Melayu dan UMNO. Ingatlah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada dalam dirinya. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ra’du Ayat 11:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ

55. Jangan kita lupa akan seruan YAB Presiden. Di Dewan Merdeka ini jugalah semasa merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun 2008, Presiden dengan jelas menuntut agar kita berubah untuk kepentingan rakyat. Saya petik kata-kata Presiden. “Berubah dari sikap-sikap mazmumah kepada sikap-sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat. Berubahlah, jika tidak, kita rebah”. Soalnya, apakah kita mengambil serius gesaan YAB Presiden ini? Atau, adakah ia ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri?

56. Saudara-saudari, kita mesti memperbetulkan segera segala kesilapan kita dan melakukan perubahan demi kelangsungan agama dan bangsa kita. Amatilah betul-betul peringatan Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya dalam surah Al-An’am Ayat 6:

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ قَرْنٍ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِمَا لَمْ نُمَكِّنْ لَكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِمْ مِدْرَارًا وَجَعَلْنَاالْأَنْهَارَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَنْشَأْنَا مِنْبَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

57. Zaman untuk dipuja dan dipuji dalam kelompok sendiri sudah berlalu. Ini adalah zaman untuk kita bersama-sama masyarakat, merasai keresahan mereka, berusaha mencari penyelesaian kepada permasalahan yang mereka alami. Ini zaman untuk kita meraih keyakinan rakyat, zaman untuk kita memimpin bangsa mengharungi cabaran yang semakin hebat. Hormat rakyat bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Berusaha, berkhidmatlah kepada rakyat bagi mendapatkan hormat mereka kepada kita. UMNO adalah parti massa yang lahir daripada kebangkitan rakyat yang mempunyai matlamat dan arah tuju yang jelas. UMNO terbina demi masa depan umat Melayu dan negara. UMNO bukan parti yang lahir daripada rasa benci, tetapi penuh dengan rasa kasih dan sayang demi kesejahteraan rakyat. UMNO adalah parti yang sarat dengan harapan untuk masa depan bangsa dan negara. Binalah keyakinan, tunjukkanlah keazaman, hamparkanlah harapan kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya bahawa parti ini adalah pilihan terbaik buat mereka.

59. Kepada umat Melayu dan Bumiputera yang sedang menekuni ucapan saya ini samada yang berada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bersatulah kita atas nama kewatanan dan kecintaan kepada negara. Kita sudah tiada masa untuk bertelingkah atau berbenci antara satu sama lain. Kepada seluruh rakyat tanpa batas kaum dan fahaman, marilah kita menolak gerakan meracuni dan membenci sesama kita. Jangan kita biarkan negara ini runtuh hanya kerana umpan-umpan yang dilontarkan kepada kita oleh pihak luar.

60. Buat Wanita, bangunlah dengan istiqamah perjuangan. Hulurkan salam jemputan buat wanita Melayu dari segenap ceruk rantau dan latar belakang--guru wanita, ustazah, peguam, doktor, pegawai profesional hatta NGO wanita dan ibu-ibu tunggal-- marilah bersama-sama sebaris dengan kita dalam perjuangan ini. Buat Pemuda, bangkitlah dengan bara perjuangan. Beranikan diri berada di mana sahaja bila panggilan untuk berkorban masa dan tenaga. Bawalah golongan muda yang dahagakan kebersamaan dan interaksi. Berikan mereka harapan. Buat Puteri, bangkitlah dengan semangat baharu yang segar membawa pemudi dan wirawati negara meyakini perjuangan kita. Tanamkan benih kasih kepada mereka, nescaya mekarlah nanti dengan rimbunan pendokong.

61. Harapan saya kepada seluruh bangsa Melayu, renunglah nasib masa depan bangsa kita. Hargai sejarah perjuangan bangsa di masa lalu, perjuangan yang meletakkan kita di sini hari ini. Bangkitlah bersama-sama UMNO untuk merencana masa depan bangsa kita agar tidak hilang ditelan zaman, agar terus tegar mendepani cabaran. Saya percaya, dengan kekuatan tekad dan keazaman kita semua, dengan limpahan rahmat dan inayah Allah s.w.t, UMNO akan beroleh kekuatan dan keyakinan untuk melakukan perubahan dan pembaharuan, dan seterusnya mara membela agama, bangsa dan negara kita.

Gagahnya pahlawan dahulukala,
Menjadi tauladan sepanjang zaman,
Kalian tinggalkan warisan bangsa,
Untuk kita teruskan perjuangan.

Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2014.

#PAU2014 : Keputusan @NajibRazak Kekalkan Akta Hasutan Masih Tak Cukup - Apa Lagi Orang UMNO Mahu?

$
0
0

Pasca PRU13 satu soalan yang meniti di bibir majoriti ahli UMNO adalah - "Apa lagi Cina Mahu?"

Persoalan tersebut timbul disebabkan kegagalan BN mendapatkan majoriti undi orang Cina walaupun pelbagai bantuan dan kehendak mereka dipenuhi oleh kerajaan. 

Ironinya jawatan Presiden UMNO yang disandang oleh DS Najib Razak tidak dicabar ketika Pemilihan UMNO 2013.

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2014, ucapan dasar DS Najib Razak selaku Presiden UMNO dinantikan oleh 3.47 juta ahli UMNO terutama 2,752 perwakilan. 

Semua melahirkan kebimbangan adakah ucapan Presiden UMNO senada dengan Timbalannya mengenai pemansuhan Akta Hasutan atau sebaliknya.

Ucapan dasar yang dimulakan dengan persembahan multimedia termasuk video laungan Merdeka oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan insiden pencerobohan pengganas bersenjata di Sabah akhirnya menjawab segala keresahan ahli UMNO apabila DS Najib Razak memutuskan mengekalkan Akta Hasutan dengan penambahan dua elemen.

Walaupun rata-rata NGO melahirkan penghargaan kepada DS Najib Razak kerana keputusan tersebut meredakan keresahan masyarakat yang berhadapan pelbagai ancaman membabitkan agama serta perkauman. 

Situasi berbeza pula timbul di sekelompok orang UMNO, bagi mereka tidak cukup DS Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan tanpa membawa kembali ISA. 

Bahasa mudah faham, semua tindakan yang dilakukan oleh DS Najib Razak gagal memuaskan hati semua pihak terutama sekali orang UMNO.

Jika situasi begini berterusan, saya bimbang tiada seorang pun pemimpin yang mampu memegang jawatan Perdana Menteri lebih dari dua penggal kerana semua perkara yang dilakukan danggap tidak betul di mata kita.

Mungkin elok kalau DS Najib Razak menyanyikan lagu ini dalam ucapan penggulungan nanti.



Hahaha...

Arios...!

YY : Selalu letak dalam kepala bahawa DS Najib Razak bukan Perdana Menteri kepada orang Melayu sahaja...

1MDB Bersikap Terbuka Gesa Pihak Terbabit Tunjukkan di Mana Berlaku Penyelewengan, Korupsi & Rasuah

$
0
0


Isu 1MDB bermula sejak Oktober lalu selapas satu laporan yang dikeluarkan melalui The Edge edisi 27 Oktober 2014, di mana selepas Tun Mahathir Mohammad mendesak DS Najib Razak memberikan penjelasan mengenai jumlah hutang yang bernilai RM36 billion.

Namun, selepas satu laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang meminta agar 1MDB disiasat, membuatkan 1MDB menjadi topik panas. 

Sedikit perkongsian serta penjelasan 1MDB
Terbitan Bon / Hutang 
Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah bon dengan kadar faedah yang tinggi. 
Sebagai perbandingan, dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, Petronas, telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama.
Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil kira beberapa faktor-faktor penting. 
Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi. 
Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun. 
Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah mengejutkan jika bon yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi 
Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa bon yang dikeluarkan oleh 1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun, dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan dengan tempoh matang sepanjang itu. baca laporan penuh klik [SINI]

Beribu Laporan Kes Hina Islam, Tiada Sebarang Tindakan - Apa Lagi @PDRMsia Mahu?

$
0
0

Dua hari yang lalu, lapan buah NGO tampil membuat laporan di Balai Polis, IPD Dang Wangi, ke atas stesen radio BFM89.9 kerana membincangkan tajuk utama mengenai Kalimah Allah, Daging Korban selain menyentuh hak melayu melalui DJ bukan Islam pada 12 Disember 2014.

Laporan polis ke atas BFM89.9 :


Malah, dimaklumkan pada hari yang sama stesen radio berkenaan turut membincangkan isu pakai tudung melalui DJ Umapagam, Caroline serta Patrick Teoh. 

Ini bukan kali Patrick Teoh hina Islam, malah sekitar 2013, Patrick Teoh pernah membuat kenyataan biadap sekaligus mengundang kemarahan umat Islam.

Rujuk artikel lama mengenai kebiadapan Patrick Teoh  [KLIK SINI] 


Selain itu, difahamkan terdapat 9 laporan polis ke atas Lim Guan Eng di Pulau Pinang berhubung isu kalimah Allah, kemudian dikuti dengan 25 laporan polis yang dibuat oleh PERKASA di Georgtown semalam.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mereka belum memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang untuk bagi kenyataan kerana menunggu kertas siasatan dengan megambil keterangan dari NGO serta lain.

Maaf cakap, saya tidak yakin dengan kenyataan pihak berkuasa atau dalam bahasa mudah faham dengar boleh percaya jangan apatah lagi mahu mengharapkan satu tindakan.

Lihat apakah hasil dari ratusan laporan polis yang dibuat ke atas paderi Lawrence Andrew, sehingga kini sepi tanpa sebarang tindakan.

Kenapa PDRM dilihat lemah dalam menguatkuasakan undang-undang?

Ramai mendakwa kelemahan dalam menguatkuasakan undang-undang berpunca daripada pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ironinya, kes penghinaan melibatkan agama, kaum atau kedaulatan institusi beraja tidak memerlukan akta ISA untuk menghukum pesalah sebaliknya tertuduh boleh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.

Justeru, apa lagi PDRM mahu rakyat lakukan selain daripada membuat laporan polis?


YY : Tak pernah main-main setiap kali buat laporan, bimbang dituduh membuat laporan palsu.



Banjir Berlaku Setiap Tahun, Tapi Mekanisme Pengurusan Tetap Sama - MKN Terbukti Lembab!

$
0
0

Hampir setiap tahun dalam bulan Disember, kita akan berhadapan dengan masalah banjir terutama negeri-negeri di Pantai Timur. Sejarah negara mengalami situasi banjir terburuk adalah pada tahun 1926, 1946 dan 1971.

Banjir pada tahun 1971 dianggap paling buruk dalam negara di mana pengisytiharan darurat bencana dibuat oleh Tun Abdul Razak berkuatkuasa pada 5 Januari 1971. Jumlah kerugian ketika itu adalah RM84.7 juta selain mengorbankan 38 nyawa.

Banjir tahun 1971
Peristiwa banjir yang berlaku pada tahun 2004 membabitkan 100,000 mangsa, tahun 2006 lebih 100,000 kemudian pada tahun 2010 pula mencatatkan lebih 200,000 mangsa terlibat dengan banjir dan ditempatkan di pusat pemindahan.

Banjir Kelantan 2004.
Berita banjir Johor 2006.
Persoalannya, kenapa  mekanisme dalam menguruskan mangsa banjir tetap sama walaupun kita berhadapan dengan bencana banjir hampir setiap tahun.

Tidak keterlaluan jika saya katakan agensi berkaitan iaitu MKN tidak siap siaga untuk berhadapan dengan bencana banjir yang berlaku menjelang Disember.

Tiada Peringatan Awal.

Banjir berlaku setiap bulan Disember, beza cuma banjir tersebut besar atau kecil sahaja. Namun agensi berkaitan tidak pernah mengeluarkan sebarang peringatan kepada penduduk di negeri, daerah dan kawasan yang sering dilanda banjir.

Peringatan awal penting untuk memastikan penduduk berada dalam keadaan berjaga-jaga serta membuat persiapan untuk menghadapi banjir sekaligus mampu menyelamatkan nyawa tetapi boleh mengurangkan kerugian dari segi harta benda.

Bahasa mudah faham, MKN patut keluarkan amaran awal, sekurangnya penduduk boleh simpan kelengkapan rumah, kereta dan sebagainya di tempat yang selamat. Sama ada banjir yang bakal melanda mereka besar atau kecil itu cerita lain.

Pusat Pemindahan Tidak Siap Sedia

Setiap kali banjir dewan sekolah sering dijadikan pusat pemindahan tetapi kelengkapan asas seperti bekalan makanan, selimut, tilam tidak disediakan dari awal. Pendek kata, tunggu mangsa datang baru semua agensi sibuk nak hantar tilam, selimut, beras dan sebagainya.

MKN, JKM patut persiapkan pusat pemindahan dengan keperluan asas untuk mangsa banjir. Contohnya, setiap kali bulan Disember semua pusat pemindahan telah dilengkapi dengan tilam, selimut, beras, sardin dan sebagainya untuk 500 mangsa banjir.

Sama ada banjir melanda atau tidak, itu adalah kuasa Allah SWT. Jika ditakdirkan tiada kejadian banjir berlaku dan tiada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan, sedekahkan saja barangan makanan tersebut kepada rumah kebajikan atau anak yatim, apa susah?

Melihat kelemahan MKN dalam menguruskan situasi banjir ketika ini, saya tidak merasakan mekanisme pengurusan banjir oleh MKN antara yang terbaik sebagaimana jawapan DS Shahidan Kassim dalam parlimen sebelum ini.


Kerana kelemahan pengurusan banjir oleh MKN, rakyat hilang kepercayaan, ada yang menyalahkan kerajaan dan lebih malang kelemahan dan kelembapan MKN dilambakkan atas bahu YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 

Kalau benda mudah macam ni pun MKN tak boleh nak fikir, elok Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Thajudeen Abdul Wahab terjun saja dalam Sungai Kelantan.

Arioss...!


Surat Sulit Kepada FBI : @Zahid_Hamidi Kena Kelentong Dengan AG, Paul Phua Klien Shafee Abdullah?

$
0
0

Minggu lepas heboh tentang surat sulit kepada FBI bagi membawa balik seorang ahli kongsi gelap ke Malaysia di mana surat tersebut telah ditandatangani oleh DS Zahid Hamidi. 

Dalam surat berkenaan, Menteri Dalam Negeri menafikan Paul Phua Wei Seng yang sedang dibicara di Amerika Syarikat atas tuduhan menjalankan aktiviti perjudian bola sepak Piala Dunia 2014 di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas adalah ahli kongsi gelap.

Surat tersebut turut menyatakan Paul Phua banyak membantu negara. Ramai melahirkan kekesalan terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri ekoran pendedahan yang dibuat South China Morning Post.

Selepas laporan tersebut, KDN mula menerima serangan bertubi-tubi oleh pembangkang serta pihak dalam UMNO sendiri. Ramai yang meletakkan kesalahan kepada Menteri Dalam Negeri sedangkan menteri biasanya menandatangi sesuatu surat selepas diyakinkan atau dipengaruhi orang lain.

DS Zahid Hamidi menandatangani surat tersebut tanpa menyedari individu bernama Pual Phua adalah ahli kongsi gelap kerana telah diyakinkan Ghani Patail serta Shafee Abdullah.

Pendedahan di Facebook page  'Kami Desak AG Letak Jawatan' mendakwa Paul Phua adalah klien kepada Shafee Abdullah sekaligus menjelaskan tindakan Shafee dibuat bagi melindungi kepentingan beliau dengan Paul Phua.

Malah, Shafee Abdullah juga mendakwa surat sulit tersebut disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh PDRM tetapi TS Khalid Abu Bakar bertindak menafikan dakwaan Shafee Abdullah selain menyatakan pihak PDRM tidak tahu menahu tentang surat berkenaan.

Baca tulisan asal di Facebook di bawah :
1. Pada 31 Disember 2014, South China Morning Post mendedahkan terdapat satu surat sulit yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia kepada pihak FBI menafikan Paul Phua Wei Seng merupakan ahli kongsi gelap 14K 
2. Menurut laporan tersebut, Paul Phua yang berdepan tuduhan menjalankan operasi perjudian di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia pertengahan 2014 sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat. 
3. Namun mengikut isi kandungan surat sulit kepada pihak FBI yang ditandatangi oleh Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi. Kementerian Dalam Negeri menafikan penglibatan Paul Phua dengan kongsi gelap 14K malah kerap membantu kerajaan Malaysia.  
4. Perkara ini mengejutkan dan heboh diperkatakan ramai pihak terutama di media sosial. Ramai bertindak menyalahkan Menteri Dalam Negeri selain menuduh DS Zahid Hamidi terlibat melindungi ahli kongsi gelap. 
5. Kerana heboh diperkatakan ramai pihak, Shafee Abdullah tiba-tiba mendakwa berlaku kesilapan oleh pasukan Polis sehingga surat sulit tersebut dikeluarkan ...READ MORE  
YY : Tan Sri Shafee Abdullah, elok jelaskan perkara sebenar - kalau kenal Paul Phua bilang saja kenal jangan konar-konar...

Ketua Pemuda MCA Minta Menteri Balik Ternak Lembu, Jadi Editor THE STAR Kena Balik Ternak Babi?

$
0
0

Isu yang menyentuh sensitiviti kaum dilihat seperti tiada kesudahan, kenyataan DS Ismail Sabri tempoh hari memanaskan lagi suhu sentimen perkauman di Malaysia apabila MCA bertindak mengalahkan DAP.

Bagi saya kenyataan DS Ismail Sabri memang ada silapnya, namun beliau telah bertindak menjelaskan maksud tulisan di FB beliau. Malangnya, penjelasan tersebut seperti tidak boleh diterima oleh pemimpin cina terutama dari MCA.

Pada awalnya saya melihat tindakan Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon sekadar mahu menjuarai isu bagi kaum cina. Justeru, desakan agar menteri letak jawatan dilihat perkara biasa kerana orang UMNO juga pernah berkali-kali mendesak menteri MCA letak jawatan sebelum ini. 

Namun, hampir seminggu berlalu tindakan Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon dilihat semakin keterlaluan. Serangan terhadap DS Ismail Sabri makin diperhebatkan, tidak cukup dengan lebih 30 laporan polis MCA semakin bertindak melampau.

Terbaru Senator Chong Sin Woon meminta DS Ismail Sabri balik tanam ubi dan ternak lembu. Kenyataan tersebut difahamkan dibuat dalam sebuah akhbar berbahasa cina sebagaimana dinyatakan oleh Facebookers Sya.

Nampaknya gesaan Presiden BN, DS Najib Tun Razak yang meminta agar polemik harga barang dengan isu perkauman dihentikan sedikit pun tidak diendahkan oleh Ketua Pemuda MCA.

Mungkin Ketua Pemuda MCA mahu menjadi hero bagi kaum cina kononnya beliau sensitif dan prihatin dengan isu-isu yang membabitkan serta menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia.

Tapi dia terlupa bahawa akhbar milik MCA lebih rasis jika mahu dibandingkan dengan kenyataan DS Ismail Sabri.


Ini kerana The Star antara akhbar berbahasa Inggeris yang paling kerap menyiarkan artikel berbentuk perkauman selain menghina sensitiviti umat Islam. 

Jika Senator Chong Sin Woon benar-benar mahu Malaysia masyarakat Malaysia bebas dari melakukan perbuatan yang menyentuh sensitviti kaum serta penghinaan agama beliau sepatutnya mendesak kepimpinan MCA menukar Ketua Pengarang The Star.

Recap akhbar milik MCA yang menghina dan menyentuh sensitviti umat Islam :

The Star pernah mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak. 
2 May 2008  - The STAR ruangan komik , bahagian bawah telah menyiarkan karikatur 'The flying mccoys' - karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW. 
10 Ogos 2011 - The STAR ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds" - babi panggang untuk berbuka puasa disiarkan dalam bulan Ramadhan.



27 Februari 2012 -  The STAR dalam ruangan Music telah menghina kalimah Allah melalui penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo kalimah Allah pada dadanya yang terdedah.

Cukup dulu setakat itu untuk tatapan Ketua Pemuda MCA.

Sebagai penutup kalau DS Ismail Sabri diminta balik ternak lembu dan tanam ubi kerana mengeluarkan kenyataan rasis. 

Bolehkah kami ingin meminta jasa baik Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon agar turut meminta Ketua Pengarang The Star balik Tiong Shan ternak babi..?

Arioss..!

YY : Paku dulang, paku serpih, MCA kata menteri UMNO tapi akhbar MCA lagi lebih!



The Encorp Saga : Pengarah Operasi & Pengarah Perkhidmatan Korporat Jahanamkan Encorp Berhad - Part 1

$
0
0

Encorp Berhad syarikat pembangunan milik Datuk Effendi Norwawi yang diambil alih FELDA melalui anak syarikat Felda Invesment Corporation (FIC) sekitar Julai 2014 sedang berdepan dengan masalah dalaman yang kritikal membabitkan kerugian bernilai jutaan ringgit.

Selain itu, tindakan Felda Investment Corporation (FIC) yang menyembunyikan berita penahanan CEO mereka, Mohd Zaid Abd Jalil yang kini dalam tahanan reman SPRM membuatkan ramai pihak tertanya-tanya.

Apa yang sedang berlaku dalam FIC yang baru tujuh bulan mengambil alih Encorp Berhad?


Berdasarkan maklumat yang dihantar melalui email kepada saya, Encorp Berhad bukanlah gah seperti diwar-warkan. 

Tiga projek yang diusahakan Encorp Berhad berdepan masalah disebabkan kewangan.

Encorp Cahaya Alam :

Dilaporkan lebih seminggu sampah penduduk tidak dikutip di Cahaya Alam kerana kegagalan Encorp Berhad menjelaskan bayaran kepada kontraktor.

Selain berdepan masalah sampah tidak dikutip, terdapat pekerja mogok dan enggan meneruskan kerja rekrtifikasi handover rumah sekaligus menimbulkan kemarahan kepada pembeli. Malah projek terbaru yang telah siap juga tidak dicat disebabkan tiada sumber kewangan.

Encorp Marina Puteri Harbour :

Projek kondo yang dibangunkan di Johor Iskandariah dilaporkan telah tergendala selama 200 hari menyebabkan ramai pembeli mula melahirkan hasrat untuk membatalkan pembelian.

Encorp Strand Mall :

Jumlah kerugian yang ditanggung Encorp Berhad RM1 juta sebulan, selain penyewa tidak berpuas hati kerana pihak pemaju mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan masalah kebocoran dinding dan bumbung.

Difahamkan kelewatan berlaku kerana kontraktor enggan menjelankan kerja kerana bimbang pihak pemaju iaitu Encorp Berhad tidak menyelesaikan bayaran setelah kerja selesai dijalankan.

Selain projek berdepan masalah, para pekerja Encorp Berhad turut melahirkan rasa tidak puas hati semenjak Encorp dikuasai oleh 'regim' Roslee dan Wan Azman.

Roslee Ismail, Pengarah Operasi 
Wan Azman, Pengarah Perkhidmatan Korporat
Roslee Ismail dan Wan Azman dikatakan menjadikan Encorp Berhad seperti syarikat peninggalan nenek moyang di mana mereka bertindak memecat pekerja secara tidak adil.

Selepas ini saya akan perincikan kegagalan dua individu yang dilantik FELDA bagi menerajui Encorp Berhad dengan pendapatan RM45k sebulan.

Bersambung di bahagian kedua...

Sementara menunggu bahagian kedua, kita layan satu lagu khas saya tujukan kepada Roslee dan Wan Daud...



Arioss..!

The Encorp Saga : Selamatkan Encorp Berhad, Singkirkan Roslee dan Wan Azman - Part 2

$
0
0

Sambungan dari bahagian pertama - [SINI]

Saya menerima pelbagai respon susulan pendedahan mengenai situasi yang dihadapi oleh Encorp Berhad yang kini berdepan masalah kewangan kritikal disebabkan kegagalan Pengarah Operasi dan Pengarah Perkhidmatan Korporat mengurus tadbir syarikat tersebut.

Setakat ini masih tiada penafian daripada dua individu yang berkenaan. Malah, semalam pekerja di tapak projek Marina Puteri Harbour, Iskandariah Johor mendakwa Pengarah Operasi Encorp Berhad, Roslee Ismail tidak hadir untuk menyelesaikan masalah berbangkit bersama kontraktor dan pekerja di sana.

Bermakna saya menyampaikan perkara dan situasi sebenar yang perlu diketahui oleh pihak atasan pengurusan Felda supaya pelaburan Felda Investment Corporation (FIC) memberi keuntungan bukannya satu pelaburan yang sia-sia.

Malangnya, beberapa rakan di Facebook menganggap pendedahan mengenai Encorp Berhad adalah satu serangan ke atas Felda.

Kata mereka, tindakan saya telah membuka ruang kepada pembangkang menyerang Felda, mungkin bagi mereka masalah Encorp Berhad lebih elok dimainkan oleh individu seperti Mazlan Aliman.

Masalah Encorp Berhad membabitkan puluhan kakitangan pengurusan, pekerja site, kontraktor, sub kontraktor, consultant, pembeli serta penyewa premis bangunan dan kediaman milik Encorp Berhad.

Justeru, dalam bahagian kedua seperti yang dijanjikan saya akan perincikan kegagalan dua individu yang diamanahkan oleh Felda sepanjang tujuh bulan mereka masuk menerajui Encorp Berhad?


Tidak Puas Hati

Semenjak Encorp Berhad ditadbir Roslee dan Wan Azman, ramai pekerja Encorp Berhad melahirkan rasa tidak puas hati kerana pihak pentadbiran menggunakan maki hamun.

Malah pihak pentadbiran membuat pelbagai provokasi yang menjejaskan emosi pekerja bagi memastikan pekerja yang tidak disukai berhenti kerja dan digantikan dengan individu yang mereka kenali (sebut kroni) sebagai ketua jabatan.

Bagi para pekerja, mereka tiada masalah jika pihak pentadbiran Encorp Berhad mahu memecat mereka tetapi lakukan dengan cara yang betul bukan dengan penghinaan atau diberhentikan kerana bangsa.

Selain itu pihak pentadbiran sering terlewat membayar tuntutan bulanan yang dibuat pekerja. Difahamkan punca kelewatan tersebut kerana keadaan kewangan Encorp Berhad yang sangat kritikal.

Kerugian Besar, Ugutan Nyawa

Selain pekerja melahirkan rasa tidak puas hati, semenjak perubahan pentadbiran banyak projek yang dibangunkan Encorp tertangguh kerana kerja-kerja pembinaan gagal dijalankan sebab Roslee bertindak menghentikan bayaran mengejut.

Tindakan tersebut menyebabkan supervisor di tapak pembinaan terpaksa mengadap kemarahan dan ugutan membabitkan nyawa kerana para pekerja pembinaan yang terdiri daripada warga asing berang mereka tidak dibayar gaji.

Malah kakitangan Encorp sendiri turut menerima ancaman melibatkan nyawa daripada pembekal kerana syarikat gagal melunaskan bayaran memaksa ramai kakitangan berhenti kerja kerana tidak tahan serta bimbang tentang keselamatan diri.

Selain itu, kewangan Encorp Berhad dalam keadaan paling lemah membuktikan Wan Azman dan Roslee gagal mengurus tadbir dan melaksanakan tugas yang Felda amanahkan kepada mereka berdua.

Dalam keadaan Encorp yang ketandusan tanah dan projek, sehingga kini tiada satu projek berjaya dibawa masuk oleh Roslee dan Wan Azman walaupun telah tujuh bulan mereka dilantik untuk menerajui Encorp.

Kegagalan pengurusan juga disebabkan pihak pentadbiran yang ghairah mahu mengubah semua sistem dan memecat pekerja dan digantikan mereka yang tiada latar belakang dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah.

Wujud Unsur Penyelewengan

Akhir sekali, Roslee dan Wan Azman perlu memberikan penjelasan kepada pekerja tentang kontrak bernilai RM114 juta.

Berdasarkan maklumat, pada tahun 2013, syarikat Setia Haruman Sdn Bhd anugerahkan kontrak bernilai RM114 juta kepada Encorp Berhad di mana selepas itu segala kerja-kerja pembinaan telah pun berjalan.

Namun, sekitar akhir tahun 2014, selepas kemasukkan Roslee dan Wan Azman secara tiba-tiba sub kontrak tersebut kepada syarikat Getinas Sdn Bhd di mana jumlah kontrak tersebut menjadi RM118 juta.

Bermakna berlaku kerugian RM4 juta yang terpaksa ditanggung oleh Encorp Berhad.

Tindakan Roslee dan Wan Daud melantik sub kontraktor yang baru secara tiba-tiba dengan kerugian RM4 juta menimbulkan persoalan.

Kenapa Roslee dan Wan Azman sub kepada kontraktor lain secara tiba-tiba dengan kerugian yang ditanggung Encorp Berhad RM4 juta sedangkan Encorp Berhad mempunyai pekerja yang mampu menjalankan kerja-kerja pembinaan?

Bahasa mudah faham, ada pemilik rumah mahu saya menyiapkan sebuah jamban moden berharga RM10, tapi disebabkan saya seorang pemalas.

Saya meminta seorang rakan membina jamban berkenaan dan berjanji memberikan dia upah sebanyak RM14.

Jadi, terpaksa saya guna duit sendiri RM4 kerana pemilik rumah bersetuju bayar saya RM10 saja.

Bukankah itu perkara bodoh dan tak masuk akal, kalau cerdik saya membayar rakan saya RM8 saja di mana saya ada untung atas angin RM2.

Itu cara menjalankan sesebuah perniagaan.

Moron..

Justeru, Felda harus selamatkan Encorp Berhad, singkirkan Roslee dan Wan Azman kerana tidak berbaloi membayar gaji mereka RM45k sebulan tetapi syarikat rugi manjang.

Arioss...!

YY : jawab dan selesaikan permasalahan yang berlaku, bukan 'bunuh' individu yang menyampaikan permasalahan. 

PPIM Pupuk Kesedaran Perjuangan Kepada Anak Muda

$
0
0

Petang tadi saya berkesempatan menyertai program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diadakan di Villa Puteri Kondominium, Jalan Syed Putra.

Program yang diadakan bagi memberi kesedaran kepada anak muda mengenai kepentingan perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan, program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda tercetus selepas beliau menyertai 10 siri Ops Bah bersama agensi penguatkuasa sebelum ini. 

Sepanjang mengikuti operasi tersebut, menurut Dato Nadzim Johan beliau bertemu ramai anak muda berbangsa Melayu yang terjebak dalam penagihan dadah, maksiat, perjudian serta aktiviti jenayah keganasan.

Justeru, program siang tadi sebagai permulaan untuk PPIM dalam usaha untuk mendekati golongan muda.

Secara peribadi saya berpendapat, program yang dianjurkan PPIM siang tadi dapat memberi kesedaran kepada anak muda tentang kepentingan sebuah perjuangan mempertahankan martabat agama, bangsa dan negara.

Selain itu, program yang turut disertai oleh 200 anak muda dari pelbagai latar belakang siang tadi turut berjaya membuka minda anak muda tentang nasib bangsa hari ini.

Foto sekitar program :












YY : Kalau kita orang muda tidak pertahankan agama, bangsa dan negara sendiri, kepada siapa kita mahu berharap...?

Ramai Wanita Melayu Tertipu, Aktivis @PPIM4U Dijemput Sertai Gempur Sindiket Penipuan Warga Afrika

$
0
0
Aktivis PPIM berjaya tewaskan anggota sindiket yang melawan
Hampir setiap hari ada saja cerita mengenai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan sindiket membabitkan warga Afrika terutama kaum wanita. 

Kebanyakkan mangsa ditipu selepas terpukau ayat manis dan cinta yang diberikan 'awang hitam' sehingga kerugian ratusan ribu ringgit.


Selain menjadikan wanita tempatan sebagai sasaran, anggota sindiket turut mensasarkan golongan hartawan dengan menjanjikan satu pelaburan yang memberi keuntungan bernilai jutaan ringgit.

Hasil aduan dari mangsa 'awang hitam', Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut dijemput  menyertai operasi Pejabat Imigresen Negeri Selangor menggempur markas yang disyaki menjadi kediaman anggota sindiket di sekitar Puchong Perdana malam tadi.

Hasil operasi yang digerakkan malam tadi lebih 30 warga Afrika diperiksa dan ada yang ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Penghuni berdegil memaksa anggota Imigresen memecahkan pintu rumah mereka.
Aktivis PPIM memantau warga afrika yang ditahan sementara Imigresen membuat proses dokumentasi.
Operasi malam tadi merupakan tindakan susulan selepas penahanan anggota sindiket berkenaan hasil penyamaran oleh Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan di PWTC seperti dilaporkan Harian Metro. 

Dato Nadzim Johan yang menyamar sebagai hartawan kaya berjaya memperdaya seorang anggota sindiket untuk bertemu di PWTC.

Di mana saya juga turut serta dalam operasi tersebut pada hari Rabu yang lalu.


Operasi menggempur sindiket penipuan warga Afrika antara operasi yang difokuskan oleh PPIM bagi membanteras sindiket berkenaan kerana nilai kerugian dari aktiviti berkenaan mencecah jutaan ringgit setiap tahun.


Kemasukkan warga asing dari negara Afrika perlu dipantau pihak berkuasa kerana kebanyakkan dari mereka tinggal di Malaysia dengan tidak bekerja tetapi mampu hidup mewah hasil penipuan yang dijalankan.

Operasi membanteras aktiviti jenayah antara operasi yang digerakkan oleh aktivis dan sukarelawan PPIM selain memperjuangkan hak pengguna Islam di Malaysia.

Sepanjang terlibat dan bersama dalam beberapa operasi yang digerakkan oleh PPIM, bagi saya setiap aktivis PPIM patut disenaraikan dalam 'Hall Of Fame'.


Arioss....!

YY : kalau banyak duit derma kepada anak yatim, bermurah hati kepada anak yatim lebih mulia dari beri kepada negro. 

Pegawai @Imigresenmy ditukar sebab tolak rasuah atau kerana serbu restoran rakan kepada @KP_JIM?

$
0
0

Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang lebar, apatah lagi mahu bertanyakan pelbagai soalan persis mantan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri kerana isu membabitkan pendatang tanpa izin (PATI) bukan baru diperkatakan.

Namun untuk tiga operasi yang baru dijalankan di sekitar negeri Selangor beberapa hari yang lalu.

Terdapat beberapa perkara yang mencuri perhatian saya.

Laporan di beberapa akhbar mendakwa Timbalan Penolong Pengarah 1, Johari Supardi menolak sogokan dari majikan yang melakukan kesalahan menggaji pekerja tanpa permit yang sah.

(Rujuk ruangan yang dimerahkan dalam tiga keratan akhbar)



Bermakna Johari Supardi seorang pegawai yang jujur dalam melaksanakan tugas dalam menguatkuasakan undang-undang demi keselamatan negara.

Ironinya, di sebalik kejujuran Johari Supardi menolak sogokan beliau bukan diberi anugerah pegawai contoh oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen tetapi ditukar ke Depo Tahanan Imigresen di Ajil berkuatkuasa 4 Mei 2015.

(Rujuk surat arahan tukar dari Ketua Pengarah Imigresen)



Jadi, timbul satu persoalan kenapa Johari Supardi secara tiba-tiba ditukar selepas beberapa hari beliau menolak sogokan ketika menjalankan serbuan ke atas beberapa buah premis di Selangor?

Apakah Johari Supardi ditukar kerana beliau menolak sogokan?

Selain itu, ada yang mendakwa ketika serbuan dilakukan ke atas satu restoran oleh Johari Supardi bersama anggota pasukannya. 

Seorang pemilik restoran mendakwa mengenali Ketua Pengarah Imigresen Malaysia dan minta dilepaskan dari tindakan.

Justeru, apakah Johari Supardi ditukarkan oleh pihak atasan kerana kepentingan peribadi Ketua Pengarah Imigresen dengan pemilik restoran yang diserbu oleh Johari Supardi tempoh hari?

Saya tanya, Dato Ketua Pengarah Imigresen Malaysia kena jawab...!

Arioss...!

Tidak Puas Guna Timbalan, Datuk @KP_JIM Guna JPA Beri Tekanan Kepada Pengarah @imigresenmy Negeri?

$
0
0

Gambar di atas bertarikh 14 November 2014, di mana hari Datuk Mustafa Ibrahim dilantik menggantikan Datuk Aloyah Mamat sebagai Ketua Pengarah Imigresen.

Selepas ketengahkan kes pegawai Imigresen TPP1, Johari Supardi yang dikatakan diarah bertukar selepas beberapa hari menolak suapan dan membuat pemeriksaan ke atas sebuah restoran di Selangor yang dimiliki oleh kenalan kepada Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim.

Saya bertindak berdiam diri seketika, tujuan saya untuk melihat respon daripada Datuk Mustafa sendiri.

Harapan saya supaya Datuk KP tampil membuat penafian atau seseorang akan dihantar untuk memberi penjelasan kepada saya.

Jangkaan saya tepat - sebaik artikel tersebut disiarkan, saya dihubungi seseorang melalui laman whatsapp.

Malangnya, dua alasan bodoh yang mampu diberikan oleh individu tersebut kepada saya.

Demi menjaga nama baik beliau, kita abaikan saja identiti sahabat yang bertindak perantara kepada Datuk KP Imigresen.

Saya tidak tahu apa niat beliau, namun antara alasan yang diberikan bagi menjawab pertanyaan saya adalah ;
  • TPP1, Johari Supardi secara sukarela minta ditukarkan dari bahagian Penguatkuasaan di Jabatan Imigresen Negeri Selangor ke Depo Tahanan Imigresen yang terletak di Ajil.
  • TPP1, Johari Supardi belum menerima surat pertukaran - jadi isu yang saya ketengahkan tidak sepatutnya timbul.
Hahaha..

Saya percaya majoriti kakitangan Imigresen akan ketawa terbahak-bahak bila membaca alasan pertama Johari Supardi ditukarkan.

Lebih mencuit hati, Johari Supardi tidak menerima sebarang surat pertukaran - ironinya bagaimana surat tersebut boleh terlepas dan didedahkan dalam artikel sebelum ini?


Logikkah pegawai berpangkat TPP1 Jabatan Imigresen Negeri Selangor yang bertugas di bahagian penguatkuasaan secara sukarela minta ditukar menjaga Depo Tahanan Imigresen di Ajil, Terengganu sedangkan isteri beliau berada di Selangor?

Bagero punya alasan...!

Tak mengapa, kita ketepikan kes membabitkan TPP1, Johari Supardi - kita terima saja dua alasan tersebut.

Saya mahu tanya soalan terbaru, apakah benar baru-baru ini - Pengarah Imigresen Negeri Selangor telah dipanggil oleh pegawai dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertujuan untuk ditukarkan?

Di mana dalam temubual antara pegawai JPA dan Pengarah Imigresen Selangor itu - pegawai JPA bertanyakan soalan.

"Macam mana hubungan awak dengan Datuk KP...?"

Bersambung, bila saya rasa nak sambung OK..!

Datuk Mustafa Ibrahim buat rilek je, makan Tom Yam seperti biasa OK.

Kita layan lagu dulu...

Arioss...!



YY : tolong simpan alasan mahu tolong Melayu - kerana kalau nak tolong Melayu sekalipun tidak perlu aniaya pegawai bawahan - Apa punya turrr level KP JIM kalau ini macam...?

AGM MATTA 2015-2017 : Segera Buat Perubahan, Singkirkan Presiden Yang Terlibat Jenayah Ugutan!

$
0
0


Menjelang dua hari sebelum Pemilihan Agung Tahunan (AGM) kali ke-40, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang dijadualkan pada 23 Mei 2015, Sabtu di Manhattan Ballrom, Hotel Berjaya Times Square.

Saya turut terpanggil untuk menceritakan permasalahan yang berlaku dalam MATTA selepas membaca artikel dari blog MAHAGURU58 [SINI]

Difahamkan Hamzah Rahmat mahu mempertahankan jawatan sebagai Presiden, jadi di sini saya ingin menceritakan kegagalan selain kes jenayah ugutan membabitkan beliau.

Menurut laporan polis yang dibuat pada 22 Disember 2013, pengadu mendakwa Hamzah Rahmat telah menyimbah cat di depan pintu masuk pejabat miliknya.



Terdapat satu surat aduan yang dihantar ke pejabat MATTA yang mengatakan Hamzah Rahmat berhutang sebanyak RM123,449.42 dengan Omega Travel & Tours Sdn Bhd.



Malah sejak Hamzah Rahmat menjadi Presiden, buat pertama kali MATTA tidak dilantik mewakili Malaysian Tourism Board di mana ia satu kerugian buat MATTA serta ahli yang bernaung di bawahnya.

Ada juga khabar angin yang mengatakan Hamzah Rahmat bukanlah pemilik syarikat pelancongan tetapi pekerja Bestar Travel Center Sdn Bhd.

Selain itu, timbul dakwaan di kalangan ahli MATTA bahawa Hamzah Rahmat telah menggantungkan keahlian Datuk Khalid serta beberapa AJK induk tanpa alasan munasabah.

Justeru, soalan saya apakah individu seperti Hamzah Rahmat perlu dikekalkan sebagai Presiden MATTA dalam AGM yang bakal dijalankan pada 23 Mei ini?

Sudah tiba masanya MATTA dipimpin oleh individu yang lebih berkredibiliti..!

Arioss...!




Viewing all 72 articles
Browse latest View live